4 Perkara Menarik Mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

0
6126

oleh: Maizatul Hanani Shafie (B. Sh (Astronomi Islam), Malaya)

Stesen angkasa membenarkan kru untuk bekerja di ruang waktu yang lama dalam keadaan graviti sifar. Apabila keadaan di dalam kapsul angkasa dan kapal angkasa semakin tidak selesa, stesen angkasa adalah tempat yang paling sesuai untuk tinggal di angkasa lepas pada jangka masa yang lama. Roket atau kapal angkasa membawa bekalan udara dan makanan untuk stesen angkasa ini. Selalunya membawa sekali pengganti kru angkasa. Stesen angkasa dibina daripada modul yang cukup kecil untuk dibawa oleh roket atau kapal angkasa yang mana akan dicantumkan apabila ianya berada di dalam orbit.

fakta menarik! : Skylab adalah stesen angkasa pertama United states (US) yang ditugaskan untuk mengkaji bagaimana keadaan manusia di dalam keadaan mikrograviti.

Stesen Angkasa ISS

Stesen angkasa ISS adalah stesen angkasa yang terbesar. Ianya mengorbit Bumi pada jarak 402 kilometer hingga 426 kilometer tinggi pada sudut 51.6 darjah, mengembara sejauh 27 744 kilometer per jam dan merupakan tempat tinggal  angkasawan di angkasa lepas dalam sesuatu tempoh masa. Stesen angkasa ISS juga merupakan makmal angkasa yang dibina oleh jurutera pelbagai negara seperti Jepun dan Rusia.

Berapakah Usia Stesen Angkasa ISS?

Stesen angkasa ISS dibina sedikit demi sedikit. Bahagian pertama telah dilancarkan pada tahun 1998 oleh roket negara Rusia. Selepas itu, beberapa bahagian telah ditambah. Dua tahun kemudian, stesen ini telah bersedia menerima orang. Kru angkasa pertama telah sampai ke stesen angkasa ISS pada 2 November 2000 dan stesen tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 2011.

Berapa Luas Stesen Angkasa ISS

Keluasan stesen angkasa adalah besar seperti rumah yang mempunyai 5 bilik tidur. Ianya mengandungi dua bilik mandi, satu gimnasium dan satu tingkap pemandangan yang besar. Sekurang-kurangnya 6 orang kru angkasa dapat tinggal di dalamnya. Berat stesen angkasa lebih kurang 419 455 kilogram atau lebih. Kemudahan lain yang terdapat di dalam stesen angkasa adalah makmal sains daripada beberapa buah negara seperti United State, Rusia, Jepun dan Eropah.

Mengapakah Stesen Angkasa Sangat Penting?

Stesen angkasa adalah rumah di orbit. Manusia telah tinggal di stesen angkasa setiap hari sejak tahun 2000. Makmal angkasa di dalam stesen angkasa adalah tempat di mana angkasawan melakukan kajian yang tidak dapat dilakukan di bumi.

Para saintis mengkaji apa yang terjadi atau berlaku terhadap manusia sekiranya tinggal di angkasa lepas. Dari projek ini, pihak NASA juga telah mempelajari bagaimana cara untuk menyimpan atau menjaga kapal angkasa supaya dapat bekerja dalam tempoh masa yang panjang. Ini adalah suatu yang penting untuk diketahui.

Selain itu, pihak NASA berhasrat menghantar manusia jauh ke dalam angkasa, jadi ini adalah langkah pertama pihak NASA untuk mengetahui segala masalah dan keperluan yang mungkin akan terjadi apabila misi dapat dimajukan akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.