Al-Khawarizmi: Tokoh Falak dan Matematik

0
4970

Bernama Abu Ja’far Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi. Menurut Toomer beliau berasal dari Khwarizm (bahagian selatan laut aral di asia tengah). Beliau dilahirkan ketika pemerintahan Harun al-Rashid, iaitu khalifah kelima dinasti kerajaan Abbasiyah. Kerajaan Khalifah Harun al-Rashid sangat luas, bermula dari Kota Banghdad merentasi laut Mediteranean hingga ke India. Beliau memperkenalkan budaya intelektual yang tinggi yang tidak berkembang dalam dunia arab pada ketika itu. Harun al- Rashid mempunyai dua anak lelaki, yang sulung bernama al-Amin manakala yang lebih muda bernama al-Makmun. Harun al-Rashid meninggal dalam tahun 809 selepas terdapat konflik perang saudara yang tercetus ketika itu.

Al-Makmun menang dalam konflik perang tersebut di mana al-Amin dikalahkan dan dibunuh pada tahun 813. Setelah itu, al-Makmun menjadi khalifah dan memerintah kerajaannya dari Kota Baghdad. Beliau meneruskan konsep intelektual ilmu yang dimulakan oleh ayahnya dan mendirikan sebuah akademi yang dipanggil House of Wisdom. Banyak karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan pada ketika itu. Beliau juga membina sebuah perpustakaan manuskrip, perpustakaan utama yang pertama ditubuhkan selepas Alexandria. Perpustakaan ini mengumpul karya-karya penting dari Byzantium. Sebagai tambahan kepada House of Wisdom, al-Makmun mendirikan sebuah balai cerap untuk kegunaan ahli astronomi Muslim agar dapat membina pengetahuan yang diperolehi dari orang-orang terdahulu.

Al-Khwarizmi dan rakannya iaitu Banu Musa adalah cendekiawan yang ditugaskan untuk berkhidmat di House of Wisdom tersebut. Tugas mereka di sana melibatkan penterjemahan manuskrip saintifik Yunani disamping belajar, dan menulis tentang algebra, geometri dan astronomi. Pekerjaan mereka di bawah Khalifah al-Makmun menyebabkan al-Khawarizmi mendedikasikan dua risalah teksnya kepada khalifah. Satu risalah berkaitan algebra dan satu lagi berkaitan astronomi. Risalah algebra iaitu Hisab al-jabr wa al-muqabala merupakan risalah terpenting dan paling terkenal dari semua hasil karya al-Khawarizmi. Tajuknya saja telah memberi gambaran tentang algebra dan merupakan satu-satunya penulisan awal berkenaan algebra.

Ketokohan al-Khawarizmi

Terdapat pertikaian daripada sesetengah pihak yang menyatakan kerja-kerja yang dilakukan oleh al -Khawarizmi adalah lebih kepada kerja yang pernah dilakukan oleh Euclid. Hal ini kerana Euclid adalah seorang tokoh yang hidup dalam dua zaman iaitu zaman celik dan zaman kegelapan. Semasa zaman celik beliau banyak menghasilakan pelbagai kerja berkaitan matematik. Al-Hajjaj adalah sahabat sezaman al-khawarizmi yang telah sama-sama menterjemahkan karya-karya dan hasil kerja Euclid. Kemungkinan karya-karya al-khawarizmi dipengaruhi oleh Euclid tetap ada. Akan tetapi barat telah mengesahkan bahawa al-Khawarizmi adalah bapa kepada Algebra.

Al-Khawarizmi juga telah menghasilkan beberapa perkara yang menakjubkan. Antaranya ialah:-

  • menjelaskan persamaan (A + BX x (C +Dx)
  • Beliau juga bukan sahaja menumpukan kepada Algebra semata-mata tetapi beliau juga cuba menyelesaikan persoalan tentang menghitung luas, bentuk, isipadu sfera pepejal, isipadu kon, dan isipadu piramid. Memang kerja-kerja ini telah dilakukan sebelumnya oleh ahli-ahli sains pada zaman hindu dan Hebrew, tetapi apa yang dilakukan beliau telah memberikan lebih kesempurnaan kepada kerja-kerja tersebut.
  • Bab ketiga dalam bukunya terhasil di mana beliau cuba menerangkan konsep dan hukum pembahagian harta mengikut islam “Al-Faraid”.
  • Beliau juga telah menulis sebuah buku yang membicarakan tentang sistem nombor dalam versi arab. Buku tersebut telah dikatakan hilang oleh orang-orang barat. Versi asal dalam bahasa arab telah hilang manakala versi latin buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris berjudul Al-Khwarizmi on the Hindu Art of Reckoning dari teks asal latin Algoritmi de numero Indorum.
  • Beliau telah menukarkan sistem nombor India yang bermula dengan  1,2,3,4,5,6,7,8,9,0  kepada sistem 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9  kemudian disambung dengan 10,11,12,13 dan seterusnya. Dalam buku tersebut diletakan kaedah persamaan diberi punca dan ganda. Edisi latin dikatakan telah ditokok tambah dan bukannya seperti karya asal.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.