Sejarah Almanak Udara

Kita sedia maklum bahawa pada zaman dahulu orang berlayar dengan berpandukan bintang–bintang. Bila kapal terbang mula dicipta pada tahun 1930-an bagi tujuan perjalan–perjalan jauh terutamanya melintasi lautan, almanak sangat diperlukan kerana kapal terbang yang berada di tengah laut tidak mempunyai rujukan (landmark). Teknik yang sama diperlukan pelayaran di laut. Teknik ini diperluaskan kegunaannya untuk penerbangan di udara. Oleh itu almanak dibuat khusus kepada Juruterbang. Jadi kita dapati banyak pejabat penerbangan di sekeliling dunia menghasilakn almanak udara (Air Almanac).

Di Amerika, minat sebahagian penduduknya kepada almanak udara (air almanac) pada akhir 1920-an telah menghasilkan satu jilid (volume) yang diperlukan oleh juruterbang mereka. Dari minat tersebut menyebabkan mereka berjaya menghasilkan Air Aeronautical Supplement pada September 1929 sehingga Disember 1930. Kemudian dikeluarkan lagi suplement pada tahun 1931. Semakan telah dibuat sehinggalah menghasilkan satu suplement yang lebih baik pada tahun 1932. Kemudian almanak udara (air Almanac) 1933 muncul. Diikuti Jerman (1935), Perancis (1936) dan British (1937).

Amerika tidak mengeluar almanak udara (air Almanac) secara tahunan dalam 1930 an. Tetapi pada tahun 1940 semasa peperangan dunia kedua semua orang mengambil kesempatan dalam peperangan tersebut. Maka almanak udara (air Almanac) sangatlah penting. Nautical Almanac Office memohon menambahkan kakitangannya dalam mengeluarkan almanak udara (air almanac) semata–mata untuk tentera udara Amerika pada tahun (1941). Sejak dari itu ia dikeluarkan secara tahunan. Apa yang menarik pada almanak udara (air almanac) 1941 itu adalah ia mengandungi 1 keping kertas data perhari. Setiap hari juruterbang akan dibekalkan almanak udara (air almanac) yang mengandungi data dalam sela masa 10 minit. Data setiap satu hari lebih mudah diberi kepada juruterbang kerana boleh dibawa kemana–mana sahaja.

Almanak Udara (Air Almanac)

Ia mengandungi data –data yang diperlukan untuk perjalanan di angkasa. Buku Almanac udara memberikan data–data yang dijadualkan dalam sela masa 10 minit. Maklumat yang diberikan adalah Greenich Hour Angle, deklanasi Matahari, Bulan dan tiga Planet (Marikh, Mustari, Zuhal). Greenich Hour Agle Aries, tenggelam dan terbitnya bulan serta purata altitude bulan dan lain–lain data. Setiap edisi mengandugi rajah langit pada setiap bulan, ketika matahari terbit dan terbenam dan waktu senja serta bintang–bintang pelayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.