Sejarah Nautikal Almanak

Diterbitkan oleh British pada tahun 1766. Tetapi pada ketika itu buku tersebut dinamakan secara gabungan Nautical Almanac and Astronomy Ephemeris. Dengan ditambahkan data pada tahun 1767, buku tersebut digunakan dengan baik. Pada 3 mac 1849 United Stated, Mengeluarkan akta yang berkaitan tentera laut dengan hanya memberi keizinan bahawa penerbitan dan penyedian data–data yang diperlukan tujuan pelayaran hanya dilakukan oleh U.S Nautical Almanac Office. Pada tahun yang sama juga U.S Nautikal Almanac Office diiktiraf. Pada tahun 1852 American Ephemeris dan Nautical Almanac yang pertama diterbitkan. Nautical Almanac diterbitkan secara berasingan daripada penerbit induk iaitu di UK pada tahun 1914. Akhirnya pada 1958 Nautical Almanac office telah mengeluarkan Nautikal Almanac dan bergabung dengan Her Mejest’s Nautical Almanac Office.

Dari segi penyedian awal untuk Nautical Almanac ia membekalkan data–data yang diperlukan untuk menentukan jarak–jarak bulan. Hal ini memerlukan kaedah–kaedah metematik yang kompleks. Ini kerana ia perlu menentukan longitude.  Pelayar–pelayar apabila hendak menentukan kedudukan sesuatu tempat itu perlu mengetahui longitude sesuatu tempat berdasarkan jarak bulan. Penentuan itu dilakukan kerana pada itu jam-jam yang tepat (accurate clock) belum wujud dan berada di atas kapal. Barulah selepas itu jam Chronometer di atas kapal diperkenalkan pada tahun 1080-an. Maka kegunaan Nautical Almanac berkurang. Walaupun begitu ia masih diperlukan kepada kelasi kapal yang baru untuk membuat latihan sekiranya tiada jam Chronometer. Jika tidak tahu bagaimakah mungkin untuk melayarkan kapal.

Keperluan Almanak

1. Nautikal almanac lebih 150 tahun ditebitkan oleh United State Nautical Almanac Office.

2. Pada asalnya mereka menerbitkan American Ephemeris dan Nautical Almanac. Kemudiannya mereka mengasingkannya menjadi satu iaitu Nautical Almanac. Tujuannya mereka adalah diberikan kepada tentera laut yang memerlukan data-data astronomi yang bersesuaian untuk tujuan pelayaran. Buku ini adalah buku rujukan piawai kepada askar merin untuk tujuan pelayaran

3. Buku ini mengandugi data–data yang dijadualkan secara sela masa. Satu jam ketepatan maklumat itu adalah 0.1 arka minit. Antara maklumat yang diberikan adalah

Greenwich Hour Angle
Deklanasi Bulan
Deklanasi Matahari
Planet–planet

Disamping itu ia juga memberi maklumat mengenai:
Buruj Aries (Greenwich Hour Angle)
Kedudukan–Kedudukan Bintang – Bintang untuk pelayaran
Terbit dan terbenam matahari
Terbit dan terbenam bulan
Bagi julat latitude seperti 50 @ 20. Ia juga memberikan persamaan yang perlu dibuat bagi setiap jadual

Selamat membaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.