Setelah dapat mengenal pasti sepenuhnya bintang Polaris. Gunakan tangan untuk mengukur kedudukan barat tersebut. Pastikan tangan kanan tetap menunjuk ke arah bintang Polaris manakala tangan kiri di depa ke sebelah kiri. Dalam keadaan tersebut pastikan tangan kanan dan tangan kiri dalam sudut 90º seperti dalam gambarajah di bawah ini.

Setelah berada dalam kedudukan 90º ini. Alih dan paling kesemua muka ke arah tangan kiri tadi. Tengok betul-betul arah tersebut dan itulah arah barat kita. Dalam astronomi, arah barat sangat penting kerana arah tersebut merupakan arah terbenamnya matahari. Kita perlu mengetahui arah barat sepenuhnya kerana jika kita silap arah kita akan bercerita bahawa dunia akan kiamat tidak lama lagi!!!. Kenapa? kerana matahari naik dari sebelah barat akan menandakan dunia ini akan kiamat.