Jika dilihat dari bumi, semua cakerawala seperti bintang-bintang, matahari dan bulan di langit bergerak dari arah barat ke timur. Selain dari magnitud cahaya yang berbeza antara badan cakerawala tersebut, kita dapati kedudukan dan kadar pergerakan juga berbeza. Kedudukan bulan berbeza dengan matahari , dan ada kalanya bulan berada di belakang bumi. Kedudukan bulan juga adakalanya ke utara dan adakalanya ke selatan matahari.
Bulan kelihatan beredar dalam orbitnya mengelilingi bumi dalam satu putaran lengkap berbanding dengan bintang di belakangnya. Edaran tersebut mengambil masa selama sebulan.
Dalam masa yang sama bumi bergerak di atas orbitnya menjadikan kedudukan matahari berubah berbanding dengan kedudukan bintang-bintang. Jika dilihat peredaran tersebut dari jauh, iaitu melihat sistem matahari itu sendiri, bulan sebenarnya tidak mengelilingi bumi. Apa yang berlaku ialah bulan bersama-sama dengan bumi mengelilingi matahari. Semasa peredaran bumi mengelilingi matahari, orbit bulan seolah-olah membelit orbit bumi.
Belitan tersebut boleh dilihat dalam rajah di bawah ini
Rajah : Orbit Bulan Dalam Sistem Matahari
A: bulan berada di antara bumi dengan matahari
B: bulan berada di belakang bumi
Untuk mengesahkan pergerakan orbit bulan ini, gunakan makmal kita yang luas ini dengan membuat cerapan sendiri. Caranya sangat mudah!, keluar rumah pada waktu malam dan lihat bulan di luar. Cuba jejaki bulan setiap hari. Perhatikan betul-betul di mana kedudukan bulan tersebut pada setiap hari. Berubah atau masih berada pada tempat yang sama?