Berapa luaskah alam ini? Itu yang menjadi persoalan setiap manusia. Dalam buku The Solar System and Beyond karangan Michael A.Seeds, penulis merumuskan alam ini seperti berikut

Gambar seorang wanita yang diambil dari atas.

Bayangkan tempat seorang wanita duduk tadi hanya kecil sahaja jika dilihat dari atas.

Rupa muka bumi yang wanita duduk tadi jika diambil lagi dari atas

Gambar bumi dilihat dari atas pada tempat wanita tadi.

Kita perlu paham, bumi yang kita duduk ini terdapat bulan di atasnya. Wanita tadi berada di atas bumi.

Dalam masa yang sama bumi bergerak mengelilingi matahari, bulan mengelilingi bumi. Jarak antara bumi dan matahari ialah 1 AU (Astronomical unit). Wanita tersebut sudah tidak kelihatan lagi.

Matahari sebagai pusat kepada bumi dan planet-planet lain. sistem ini dinamakan (Heliosentrik).

Matahari hanya nampak sebagai satu titik sahaja jika dilihat dari atas lagi (menggunakan teleskop yang dibawa oleh satelit)

Sistem planet dan bumi mengelilingi matahari tadi hanya satu titik.

Matahari hanya kecil di situ, dikelilingi oleh bintang-bintang yang lain di tepinya.

Sistem kecil tadi itulah berada dalam galaksi milky way. Di mana dalam milky way terdapat pelbagai sistem solar menggunakan bintang seperti matahari sebagai pusat dan planet-planet lain mengelilinginya.

Di tepi galaksi milky way itu terdapat galaksi-galaksi yang lain seperti sistem suria kita. jiran galaksi bima sakti antaranya andromeda dan lain-lain lagi.

Di tepi galaksi itu terdapat berjuta-juta galaksi lain lagi. Jadi di manakah kita?.Persoalannya sekarang berapa luaskah alam ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.