Pengenalan ( introduction)

Pernahkah anda terfikir bagaimana perasaan orang yang mula–mula mencerap bintang di langit?. Apakah keajaiban yang membuatkan planet–planet bergerak atau beredar di langit? Bagaimanakah mereka gambarkan alam ini dan di manakah mereka berada?.

Masalah tentang ciptaan alam semesta dan kehadiran manusia di dunia ini sangat menarik minat manusia untuk berfikir berkurun–kurun lamanya. Gambaran alam semesta yang telah dilakarkan oleh budaya mempamerkan kepercayaan agama dan falsafah. Namun begitu asas cerapan astronomi telah memberikan suatu gambaran kasar tentang alam semesta. Evolusi manusia dan minat terhadap cerapan bintang dengan mengukur, menduga dan meneka pembentukan alam semesta berlaku secara perlahan tetapi menyeronokkan.

kepekatan langit malam

Langit Yang Dilihat (The visible Sky)

Pernahkah anda melihat dengan teliti dan mempunyai sifat ingin tahu apa yang terdapat di langit pada waktu malam? dalam keadaan anda berada jauh dari bandar?. Jika pernah, pandangan kali pertama anda mungkin tidak akan perasan corak-corak yang terbentuk oleh bintang dan tidak ada cara untuk mengagak jarak–jarak mereka.

Buruj-Buruj (constellations)

Ambil masa untuk mengkaji bintang–bintang di langit tersebut anda akan ketahui bahawa bintang–bintang itu membuat corak dilangit. Corak tersebut boleh dilakarkan didalam minda anda (lihat seperti dalam rajah di bawah). Pencerap bintang zaman purba dapat melakar corak–corak yang dibuat oleh bintang serta memberikan nama atau gelaran dan diturunkan kepada generasi seterusnya dengan nama atau gelaran tersebut. Corak- corak yang umum dan am ini dinamakan Buruj. Buruj–buruj tersebut dikenali dengan kumpulan dan kelompok bintang yang sempadannya tidak begitu jelas serta digambarkan dengan wira–wira atau tuhan–tuhan mereka. Hari ini terdapat 88 buruj yang rasmi diiktiraf oleh International Astronomical Union (IAU).

Antara gambaran buruj kuno

Jika anda perhatikan langit  pada waktu malam anda akan dapati bentuk-bentuk buruj tidak berubah. Jika anda perhatikan sepanjang hayat pun anda tidak akan dapat meyaksikan sebarang perubahan. Bintang–bintang kelihatan tetap di kedudukan tersebut relatif kepada satu sama lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.