1. Bulan baru ditakrifkan apabila bermula berlakunya ijtimak. Bila pusat-pusat bumi, bulan dan matahari berada pada satu garisan, maka itu dikatakan bulan baru.
2. Pada ketika ini, permukaan bulan yang menghadap matahari akan disinari sepenuhnya. Tapi permukaan bulan yang menghadap bulan adalah gelap. Maknanya tiada cahaya yang dipantulkan oleh bulan sampai ke bumi.
3. Bulan akan bergerak dari kedudukan ijtimaknya dari barat ke timur dengan kadar 13 darjah sehari atau bulan bergerak dari satah meridian ekliptik untuk membuat satu pisahan antara bulan, bumi dan matahari yang dikenali sudut elongasi.

Garisan elongasi (jarak lengkung dari pusat matahari ke bulan)

4. Jarak dari pusat matahari ke pusat bulan, maka itu yang kita namakan jarak lengkung/elongasi (arc of light).
5. Sudut elongasi ialah sudut yang dibuat oleh bulan-bumi-matahari.
6. Lama-kelamaan permukaan bercahaya bulan akan kelihatan sebagai anak bulan. Bila bulan bergerak dan terus bergerak, maka sampai suatu masa permukaan bulan akan dapat dilihat dari bumi. Itu yang dinamakan anak bulan.
7. Hilal juga boleh ditakrifkan sebagai “cahaya matahari yang dipantulkan oleh permukaan bulan yang mula-mula sampai ke bumi”. Iaitu yang mula-mula boleh dilihat dari bumi.
8. Elongasi sangat penting dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan. Ramai orang telah mengkaji dalam menentukan sudut minimum elongasi.
9. Sudut elongasi yang minimum membolehkan kita mula nampak hilal.
10. Danjon telah melakukan kajian terperinci. Oleh sebab itulah, kita namakan sudut minimum elongasi sebagai “had danjon”. Menurut Danjon, untuk nampak hilal maka sudut elongasi mestilah sekurang-kurang 8 darjah. Manakala bagi Prof Ilyas, beliau mengatakan 8 darjah tidak boleh nampak, jadi Ilyas meletak 10.5 darjah untuk kenampakan tersebut.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.