Cara Mandi Wajib di Angkasa Lepas..Macam Mana?

0
2406
Cupped Hands Under Shower

Seseorang angkasawan muslim yang pergi ke angkasa lepas tidak terlepas dari ibadah khusus yang sedia maklum dalam Islam seperti solat dan puasa. Ibadah khusus tersebut adalah tanggungjawab utama selain menyelesaikan misi utama untuk negara dalam ekspedisi kerja tersebut yang juga dikira sebagai ibadah.

Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai angkasawan yang sudah pergi ke angkasa lepas. Perjalanan tersebut telah menyatukan ulama-ulama Malaysia dalam membuat dan mengeluarkan garis panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station, ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)-(rujuk website JAKIM).

Bagi seorang angkasawan, mereka juga adalah manusia. Mereka tidak terlepas dari hadas kecil dan hadas besar. Kalau hadas kecil mudah sahaja, boleh beristinjak.

Bagaimana pula kalau hadas besar?. Nanti dulu, jangan fikir hadas besar tu bersetubuh bersama isteri sahaja. Hadas besar juga boleh terjadi kalau seseorang itu mimpi basah. Jika seseorang muslim mimpi basah di angkasa lepas bagaimana caranya?

Jadi dalam merungkai perkara tersebut, terdapat banyak hadis yang menjadi sandaran dalam hal tersebut, antara riwayatnya adalah seperti berikut:-

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abd al-Rahman bin Abza, dari bapanya, seorang lelaki bertanya Umar bin Al-Khattab tentang tayamum dan dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. ‘Ammar yang berada bersamanya ketika itu berkata: “Ingatkah ketika kita sedang berkhemah, dan aku telah berjunub lalu berguling di atas tanah, kemudian aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan baginda berkata: “memadailah sebegini sambil meletakkan tangannya di atas lututnya dan meniup tangannya, kemudian baginda menyapu wajahnya dan kedua tangannya sebanyak satu kali. (1)

dan lagi

Dari Amru bin al-As r.a. beliau menceritakan; “Aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk semasa dalam peperangan Zatus-Salasil, aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun bertayamum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), para sahabat mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayamum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku, “Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?”. Lalu aku menjawab kepada Rasulullah s.a.w terdapat perkara yang menjadi penghalangku dan dalam masa yang sama teringat firman Allah; “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”. (al-Nisa’: 29). Setelah mendengar peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apa” (2)

Justeru, kalau kita berada di angkasa lepas nanti, termimpi basah atau pun terbawa isteri bersama dan tidak boleh berwuduk secara sempurna maka memadailah dengan bertayamum.

Rujukan :

(1) Sunan an-Nasa’i : The Book of Purification – كتاب الطهارة » Hadith, https://sunnah.com/urn/1003190

(2) Sunan Abi Dawud 1, Kitab Taharah, https://sunnah.com/abudawud

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.