Pengukuran Sudut (Angular  Measurement)

Bagaimanakah mengukur dan mengagak berapa jauhkah bintang-bintang terpisah antara satu sama lain  di langit? Anda memerlukan alat ukur yang khusus atau khas seperti tangan anda diluruskan kehadapan (lihat rajah di bawah) Sextant yang mudah ini membolehkan anda megukur sudut pemisahan (angular separation) atau jarak sudut (angular     distance) antara bintang dan sudut di antara satu bintang dengan bintang-bintang yang lain.

Pegukuran sudut adalah berdasarkan bilangan 60:

Satu bulatan dibahagikan kepada kepada 360° darjah

Satu darjah (1°) kepada 60 arka minit (arkaminit’)

Satu  minit (1) kepada 60 arka saat (arkasaat”)

Arka adalah sebarang bahagian di atas lilitan satu bulatan

Pada satu jarak gengaman tangan meliputi lebih kurang 10° langit. Setiap kuku di jari tangan memberi kadar 1°. Jadi menggunakan tangan boleh digunakan untuk mengukur saiz sudut matahari dan bulan (keduanya sekitar 0.5° atau separuh lebar kuku jari tangan sahaja) dan pemisahan bintang-bintang petunjuk di dalam Big Dipper (sekitar 5° ataupun separuh gengaman tangan).

Matahari dan bulan setiap satu meliputi suatu sudut–sudut tertentu di langit. Pengukuran sudut bagi bahagian itu dinamakan Garis Pusat Sudut (Angular Diameter). Matahari  dan Bulan kelihatan seperti cakera. dan garis pusat sudut mereka adalah jarak sudut antara sisi-sisi mereka yang bertentangan. Garis pusat sudut bergantung ke atas jarak kepada objek yang terlibat (yang mana anda mungkin tidak mengetahui) dan garis pusatnya sebenar. Contoh: Bayangkan bahawa sebiji bola diletakkan 1 meter dari anda. dan anda mengukur garis pusat sudutnya. (lihat rajah di atas). Sekarang katakan bola itu dianjakkan ke jarak 3 meter jauh, maka garis pusat sudutnya hanya ⅓ dari ukuran asal. Jadi garis  pusat sudut adalah ukuran nisbah saiz ke jarak objek itu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.