Fasa-fasa Bulan

Daripada cerapan, didapati bahawa kedudukan matahari dan bulan akan sentiasa berubah jika dicerap dari bumi. Matahari sentiasa menyinari bulan (kecuali ketika gerhana bulan) pada permukaan yang bertentangan dengan matahari. Tetapi sinaran bentuk bulan yang kelihatan dari bumi berubah dari semasa ke semasa dalam satu bulan ijtimak.

Perubahan bentuk sinaran bulan ini dipanggil fasa-fasa bulan.

Fasa-fasa bulan bermula dengan bentuk sabit, seminggu kemudian ia menjadi suku pertama dan seterusnya beransur-ansur menjadi bulan purnama dalam masa dua minggu dari permulaan tadi.
Fasa-fasa bulan beransur-ansur menjadi bentuk bulan sabit semula dan seterusnya hilang dalam pusingan bulanan.

Rajah Fasa-Fasa Bulan

Keterangan:
Kedudukan 1= Ijtimak
Sebagaimana penjelasan sebelum ini ijtimak berlaku bila bulan dan matahari berada di atas satu garis longitud. Pada ketika itu separuh bulan yang menghadapi bumi tidak langsung diterangi matahari. Oleh itu bulan kelihatan gelap sekali. Ketika ini dinamakan New Moon.
Pusingan edaran bulan bermula dengan bulan baru dan selepas sehari kemudian bulan kelihatan berbentuk sabit (hilal dalam bahasa Arab; moon crescent dalam bahasa Inggeris). Hilal ini berada rendah di kaki langit.
Kedudukan 2 = Bulan Suku
Lebih kurang seminggu selepas ijtimak, bulan berbentuk separuh bahagian (first quarter). Ia berada tegak ketika matahari terbenam. Fasa ini dipanggil suku pertama.
Kedudukan 3 = Bulan Penuh
Lebih kurang seminggu selepas suku pertama bulan berbentuk separuh bahagian terang.
Fasa ini dipanggil bulan purnama (full moon). Ia berada di kaki langit timur semasa matahari terbenam.
Kedudukan 4 = Bulan Suku Ketiga
Suku ketiga bulan berlaku seminggu selepas bulan purnama.
Bulan terbit dalam bentuk separuh permukaan terang pada waktu tengah malam.
Kedudukan 5 = Bulan Tua
Beberapa hari selepas suku keempat, bulan akan kelihatan dalam bentuk bulan sabit semula dan terbit di langit timur pada waktu subuh.
Selepas genap pusingan edarannya, bulan akan berijtimak bagi bulan baru yang berikutnya. Keadaan yang sama seperti ini berulang bagi pusingan seterusnya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.