Gerhana bulan penuh akan dapat dilihat di beberapa tempat di Dunia. Meliputi sebahagian Timur Asia, Autralia, Lautan Pasifik dan Barat Amerika. Gerhana Umbra aka berlaku selama 1 jam 42 minit manakala keseluruhan gerhana mengambil masa 6 jam 05 minit.

Gerhana bulan tidak akan berlaku kecuali ketika bulan purnama. Gerhana bulan penuh pula (umbra) akan berlaku ketika keseluruhan jasad bulan masuk ke dalam kawasan bayang-bayang gelap (umbra) bumi. Ianya tidak hilang tetapi akan berubah warna menjadi merah pekat.

Gerhana bulan penumbra berlaku ketika bulan keseluruhannya masuk ke dalam penumbra (bayang) bumi. Gerhana jenis ini tidak membawa sebarang perubahan dalam proses kenampakan bulan itu sendiri. Hal ini kerana kejadian gerhana ini hampir-hampir tidak dapat dibezakan dengan fenomena bulan purnama biasa.

Maklumat gerhana adalah seperti berikut:-

 

 

 

sumber: JAKIM dan JUPEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.