*Hebahan Umum bersempena bulan Muharam
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma : Nabi telah sampai di Madinah dan mendapati orang-orang yahudi sedang berpuasa Hari Asyura’ (hari ke-10 bulan Muharam). Mereka berkata kepada Nabi SAW, Hari ini adalah hari terbebasnya Musa AS dari kekuasaan Firaun. Maka Nabi SAW bersabda: Kamu semua (para sahabat) lebih berhak ke atas Musa AS daripada mereka, maka hendaklah kamu semua berpuasa.
Dalam Hadis yang lain Nabi SAW bersabda : “Sekiranya aku hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9”
Nabi SAW bersabda lagi: “Berpuasa hari Asyura’, aku mengharapkan kepada Allah diberi ganjaran menghapuskan dosa setahun sebelumnya”
Daripada hadis-hadis yang diberikan di atas ini, didapati sunat hukumnya berpuasa pada hari Asyura’ (hari ke-10) dan sunat hukumnya melakukan puasa berbeza dengan orang Yahudi.
Siapa yang berpuasa pada hari ke-10 sahaja, maka ia mendapat pahala berpuasa pada hari tersebut.
Siapa yang berpuasa pada hari ke-10 dan ke-9 maka ia akan mendapat pahala puasa sunat pada hari Asyura’ dan puasa sunat berbeza dengan orang Yahudi.
Oleh itu, kami di astronomi.my menyeru untuk berpuasa pada kedua-dua hari tersebut dengan asbab kebaikan bulan Muharam ini. Mudah-mudahan diterima Allah.
*توضيح مهم بخصوص صيام يوم عاشوراه*
*عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ: قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: “أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ، فَصُومُوا”.
*وقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حديث آخر: “لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ ؛ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ”.
*وقال صلى الله عليه وسلم: “صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ”.
* في هذه الأحاديث سنتان عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، سنة صيام عاشوراء وسنة مخالفة اليهود.
*فمن صام عاشوراء لوحده فقد أصاب سنة صيام عاشوراء.
*ومن صام التاسع والعاشر من محرم فقد أصاب سنة صيام عاشوراء وسنة مخالفة اليهود.
لذلك أذكركم بصيام يوم غدٍ الأربعاء وهو التاسع من محرم وبعد غدٍ الخميس هو العاشر من محرم.
ونسأل الله القبول