Hipotesis Tentang Asal-usul Sistem Suria Oleh Ahli Astronomi Barat.

1
3455
  • KANT dan LEPLACE 1755

Berasal dari ibu nebula. Iaitu kawasan yang banyak asap dan gas. Dia mempunyai jisim, berbentuk bulat, berapi dan berputar. Disebabkan ia berjisim, maka ia mempunyai tarikan graviti . Apabila berputar ia akan mengecut. Sambil mengecut, akan terjadi pancaran haba dan proses pemeluapan. Apabila mengecut ia akan menyebabkan laju putaran bertambah. Lama–kelamaan akan berbentuk leper seperti cakera. Bahagian tepi akan menjadi planet dan bahagian tengahnya akan menjadi matahari.

Adanya suatu ibu nebula yang terletak pada kawasan yang banyak asap dan wap. Jisim gas tersebut terdiri daripada jisim gas yang berbentuk bulat, berapi dan berputar. Oleh kerana ibu nebula jisim maka ia berputar dan terdapat tarikan graviti. Apa yang berlaku adalah ia berapi dan berputar serta jisim gas tadi akan mengecut. Semasa mengecut akan pancarkan haba dalam proses pemeluapan

Apabila ianya kecil ke dalam kerana haba yang keluar maka berlaku pemeluapan jisim berkurangan. dan beputar laju serta leper . Contoh seperti ais skating.

Apabila seorang bermain ais skating sekiranya ingin berputar laju maka tangan dirapatkan dan sekiranya ingin memperlahankan pergerakan maka didepakan tangan tersebut.

Akhirnya jisim gas menjadi elektrik dan membentuk cakera. Contoh lain adalah seperti seseorang yang membuat labu daripada tanah liat apabila berputar laju lama kelamaan akan menjadi leper apabila leper dan membentuk cakera dibahagian hujungnya akan membentuk planet – planet dan bahagian pusat yang lebih padat akan membentuk matahari.

  • CHAMBERLIN–MOULTON

Matahari bergerak dan ada bintang yang datang berdekatan matahari serta mengakibatkan letupan. Dari serpihan ini akan mengakibatkan menjadi pemeluapan dan akan beku . Apabila beku ia kan menjadi planet

  • BERLAGE

Matahari keluarkan medan magnet. Kemudian atom (wap-wap gas dan sebagainya) yang berada di sekeliling akan mengena medan magnet dan mendapat cas elektrik. Molekulnya terkeluar dari matahari dalam medan magnet suria. Selepas atom terkena pada cas elektrik, ia akan keluar dari medan magnet. Apabila ia keluar dari medan magnet, ia akan membentuk cincin-cincin gas keliling matahari. Di mana cincin gas ini mengandungi atom dan molekul tadi. Daripada keadaan berair itu akan membentuk planet. Kesemua teori Berlage menggambarkan sistem suria mengandungi atom dan molekul yang seterusnya membentuk planet-palnet. Jadi, kesemuanya berasal dari matahari (bahan-bahan dari matahari iaitu atom dan molekul berasal dari matahari). Oleh sebab itu kita dapati bahawa planet-planet yang kita temui mempunyai komposisi kandungan yang sama dengan matahari.

  • JEANS-JEFFERYS

Terdapat satu bintang yang lalu dekat dengan matahari. Bintang itu menarik filamen, apa yang ada dekat dengan matahari kita kenali ia sebagai filamen. Selepas itu ia menarik filamen mengelilingi matahari. filamen yang berasal dari gas ini kemudiannya akan menyejuk, membeku dan membentuk planet.

  • LYTTLETON

Matahari mempunyai pasangan yang dikenali sebagai teman B. Teman B ini berpusing mengelilingi matahari. semasa teman B berpusing keliling matahari, jadi ada filamen yang keluar. Kemudian datang satu bintang dekat dengan teman B itu. Bintang itu membawa lari teman B tadi, kemudian mereka pula akan berpasangan. Kemudian filamen pada matahari keluar dan akan buat bulatan-bulatan keliling matahari dan membentuk planet-planet. Filamen ini sebenarnya gas yang kemudiannya menyejuk, membeku dan membentuk planet.

  • ALFVEN

Matahari bergerak dengan kelajuan 20km/s. Ia bergerak memasuki nebula gas. Bila terdapat gerakan matahari di dalam nebula gas, ia akan membawa medan magnet. Maka akan berlakulah di mana atom-atom gas akan dicas. Atom yang tercas ini akan bergerak ke dalam dalam bentuk spiral keliling matahari. akhirnya membeku dan membentuk planet.

  • HOYLE

Dekat dengan matahari ada 1 bintang meletup sebagai supernova. Apabial meletup, ia akan menghemburkan jisim. Jisim–jisim ini ditarik oleh graviti matahari. Jisim–jisim ini berputar mengelilingi matahari dan membentuk planet.

  • WEIZSACKER

Dalam gas nebula, di atas khatulistiwa terdapat voltis (berputar mengelilingi matahari). Akrisi berlaku (jisim jatuh) daripada nebula gas dan membentuk bulatan. Bahagian pusat menjadi matahari manakala bahagian bahagian tepi menjadi planet.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.