Bagi seorang pencerap di bumi, lakaran kedudukan perjalanan ketara matahari dan bulan di atas sfera samawi dapat dinyatakan dalam Rajah Sistem Koordinat Ekliptik .

Dari rajah tersebut jelas menunjukkan ada ketikanya pusat bagi bumi, bulan dan matahari berada pada satah yang sama. Iaitu di atas satah meridian ekliptik. Kedudukan ini adalah diatas longitude yang sama P – P’.
Kedudukan atau fenomena ini menjadi asas yang penting di dalam hitungan bulan Hijriah yang juga dikenali sebagai ijtimak (conjunction).
Bulan Hijriah didasarkan kepada peredaran bulan dan bumi dalam mengelilingi matahari semata–mata. Tempoh waktu yang diambil didasarkan kepada selang waktu antara dua ijtimak yang berturutan. Ini bermakna masa ijtimak ke ijtimak berterusan iaitu lebih kurang 29 hari 12 jam 44 minit 2.8 saat.
Tempoh waktu ini yang dikenali sebagai satu Bulan Ijtimak (Sinodik) adalah lebih lama dari waktu yang diperlukan oleh bulan dalam membuat satu putaran penuh mengelilingi bumi iaitu bulan sederial 27h 7j 43m 11.5s sahaja .

Dalam Rajah Tempoh Bulan Sinodik di atas kedudukan 1 dan 2 menggambarkan ketika di mana matahari dan bulan sedang ijtimak.
Sela waktu antara dua kedudukan tersebut, adalah selama sebulan ijtimak (29h 12j 44m 2.9s).
Manakala tempoh waktu yang diperlukan oleh bulan untuk membuat satu putaran penuh (melintasi titik P) hanyalah lebih kurang 27h 7j 43m 11.5s sahaja.
Kita perlu faham bumi juga beredar mengelilingi matahari. Tempoh waktu ini dikenali sebagai satu bulan siderius. Oleh itu bulan perlu mengambil masa lebih kurang 2 hari lagi untuk beredar bagi mendapatkan kedudukan ijtimak yang kedua. Ini ialah kerana kedudukan bumi telah teranjak sebanyak 30° di dalam orbitnya mengelilingi matahari bagi tempoh tersebut. Dengan kata lain bumi beranjak dari satu ijtimak ke ijtimak yang lain 30 darjah. Satu pusingan lengkap 360 maka kita mempunyai 12 bulan dan jika dibahagi dengan 12=30 darjah.
Bulan baru (New Moon) ditakrifkan bermula ketika berlakunya ijtimak. Pada saat ini, bulan sama sekali tidak kelihatan dari permukaan bumi tidak ada bayang dan tidak ada cahaya, kerana seluruh bahagian yang disinari matahari membelakangi bumi. Bumi menghadap bulan yang sama sekali tidak terkena sinaran matahari. Bulan akan bergerak dari kedudukan ijtimaknya dari barat ke timur dengan kadar lebih kurang 13 darjah sehari, hari kedua 36 dan seterusnya. Katakan malam ini kita lihat bulan dan pada malam ini bulan tersebut terbit pada pukul lapan dan esoknnya akan lewat sebanyak 40 minit. Adakalanya bulan terbit tengah malam dan terbenam sebelah tengah hari dan sebaliknya.
Anak Bulan Pusingan edaran bulan bermula dengan bulan baru dan selepas sehari kemudian bulan kelihatan berbentuk sabit. Bulan ini dinamakan hilal dalam bahasa Arab manakala nama dalam bahasa Inggeris ialah moon cresent. Hilal ini berada rendah di kaki langit. Hilal berada sebelah barat.