Peristiwa Istiwa’ al-a’zam (matahari tegak di atas kaabah) hanya berlaku dua kali dalam setahun. Peluang terhadap fenomena ini boleh diambil dengan mengenalpasti dan mengesahkan arah kiblat tempat di mana kita berada. Pengesahan arah kiblat ini boleh dilakukan dengan kaedah yang paling mudah iaitu meletakkan sebatang kayu yang panjang dan lurus pada waktu petang. Terdapat dua tarikh dan waktu sahaja dalam penentuan kaedah ini. Tarikh dan masa tersebut ialah:-

  • 28 Mei Jam 5:16 petang
  • 16 Julai Jam 5:28 petang

Untuk memudahkan kita mengingati tarikh ini, hanya terbalikkan jam dan masa sahaja dari tarikh dan masa yang diberikan di atas.

Ketepatan kaedah ini sangat-sangat diakui di Malaysia. Tiada ralat, tidak perlu menggunakan kompas dan mencari arah 292° menggunakan kompas malah ianya sangat efektif.

Untuk menentukan arah kiblat menggunakan kaedah ini, ianya sangat mudah. Hanya pacakkan sebatang tiang di bawah sinaran matahari pada waktu petang dan tengoklah bayang-bayangnya di mana ia berada. Bayang-bayang itulah arah kiblat tempat kita berada. Bagi yang tiada tiang boleh gunakan mana-mana objek yang lurus.

Cara mudah menggunakan bayang dalam penentuan arah kiblat

Menurut salah seorang panel pakar falak JAKIM, Hanafiah Abd Razak yang ditemubual sacara tidak berstruktur di Kuala Lumpur mengatakan kaedah ini saban tahun terjadi adalah disebabkan matahari beredar di atas ekliptiknya (laluannya) berlatar belakangkan zodiak-zodiak (bintang 12 belas). Putarannya itu akan kembali ke tempat asalnya dalam suatu tempoh masa dan memberikan kesan musim kepada manusia. Disebabkan fenomena inilah manusia dapat manfaat dengan boleh menentukan arah kiblat ini pada tarikh yang ditetapkan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.