Perubahan cuaca dan anjakan musim merupakan suatu fenomena dalam kalendar manusia. Walau di mana sahaja berada, perubahan tersebut tetap berlaku. Berikut adalah sedikit catatan perubahan musim khusus untuk Negeri Johor Darul Takzim. Sungguhpun begitu, terdapat juga manfaat untuk pedoman bagi negeri-negeri lain.

Laporan Ringkas Perubahan Cuaca dan Anjakan Musim di Negeri Johor Disember 2017 / Januari 2018 yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Johor.

Hasil cerapan dan pemerhatian yang dijalankan pada 19 Disember 2017. Berikut adalah ramalan cuaca dari akhir bulan Disember 2017 hingga akhir bulan Januari 2018 :-

1- Anak Bulan Rabiul Akhir 1439 H tidak kelihatan pada petang 19 Disember 2017 / 30 Rabiul Awal 1439H. Awan al-Arid bersama awan al-Himayah menutupi hampir keseluruhan kaki langit barat memberi isyarat Angin Panas Timur Laut di matikan oleh Angin sejuk dari Utara lalu membenihkan awan yang banyak di sepanjang laut selat melaka pantai barat Negeri Johor. Hal ini mengakibatkan limpahan hujan di laut selat Melaka Johor, tidak di daratan pantai barat begitu juga pantai timur Negeri Johor. Maka menyaksikan Negeri Johor menerima susutan limpahan Air Hujan buat 2 bulan berturut-turut (November dan Disember 2017) dan kemungkinan berterusan sepanjang bulan Januari 2018 .

2- Hembusan dan Tiupan Angin :
* Angin Timur Laut terus-menerus menghembus tiupannya akan tetapi mengalami olakan dari arah Timur Laut ke arah utara. Oleh itu Pantai Timur Johor dan juga Pantai Barat Johor di badai dengan Angin dari Arah Utara . Hal ini mengakibatkan Hujan sekejap-sekejap dengan sedikit Ribut-petir .

* Bulan Rabiul Akhir 1439H berlansung dalam permulaan musim sejuk gelombang pertama dimana nilai bulan Rabiul Akhir adalah “Mulzajun“ ( ملزج ) iaitu pekat dan kembang .

* Maka di ramalkan Bulan Rabiul Akhir 1439H yang berlansung di akhir Disember 2017 dan Januari 2018 memberi kesan kepada lebihan angin berbanding limpahan air hujan. Maka diramalkan berlaku susutan limpahan air hujan yang memberi peluang utk tanaman dan ternakan meningkatkan kesuburan akan tetapi simpanan Air di Permukaan Bumi di negeri Johor menyusut berbanding tahun-tahun sebelumnya .
(Imam al-Marzuki : kitab al-Azminah wa al-Amkinah)

3-Peralihan / Perubahan Musim :
Bermulanya musim sejuk di Negara-negara berada di garisan saratan (Hemisfera utara) bermula pada pada 21, 22 dan 23 Disember 2017 telah mengorak angin timur
ke Asia Tenggara iaitu Negara Filipina dan mengalami olakan ke arah timur laut menuju ke Negeri Sabah, Negara Brunei dan Sarawak lalu Angin tersebut mengalami Olakan kedua ke arah utara yang menyebabkan puting beliung di laut China selatan. Di khuatiri Sabah, Labuan , Brunei dan Sarawak berdepan dengan angkara tiupan angin puting beliung tersebut .

* Manakala Negeri Johor terasa agak sedikit panas dan hujan sekejap-sekejap. Di Ramalkan Angin puting-beliung tidak meneruskan jelajahannya ke Negeri Johor akan tetapi ketidak seragaman cuaca dan keadaan tiupan angin yang tidak menentu memang di rasai di Johor. Hal ini juga boleh menyebabkan Pokok-pokok kelapa sawit di Negeri Johor melawas, pun begitu pokok-pokok kelapa sawit kurang berpenyakit dan tidak diserang dengan pelbagai penyakit sepanjang 2 bulan (Disember 2017 dan Januari 2018). Akan tetapi susutan hasil tidak dapat di elakkan sama sekali .

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan membarkati Rakyat Jelata Negeri Johor.

Hj Hanafiah bin Abdul Razak
Jabatan Mufti Johor .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.