Allah SWT dalam Hadis Nabi Muhammad SAW bersabda Riwayat Imam Ahmad

Bahawasanya hambaku-hambaku apabila mentaati perintah ku aku akan limpahkan hujan di sebelah malam dan terbitkan matahari di sebelah siang. Tidak didengarkan dengan dentuman guruh yang menakutkan.

Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi Nabi Muhammad SAW bahawa terdapat 3 cuaca yang seragam:-

  1. Hujan turun di sebelah malam
  2. Matahari terbit di sebelah siang dan diganggu jerebu
  3. Dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran.

Ini tanda Allah SWT anugerahkan cuaca yang seragam atau terbaik untuk teruskan kehidupan di muka bumi ini.

Kiranya kita dapati jarang-jarang atau kadang-kadang hujan dilimpahkan di sebelah malam, maka itu tanda cuaca tidak lagi seragam. Oleh itu, cuaca terbaik Allah SWT akan limpahkan hujan disebelah malam.


Begitu juga jika kita dapati setiap kali matahari terbit dn terdapat halangan seperti jerebu dan debu, justeru berhati-hatilah kerana kita tidak lagi diberikan cuaca dan musim yang terbaik utk dinikmati. Hal inikKerana apabila dihalangi jerebu dan debu, maka pancaran matahari tidak lagi terkena jasad di muka bumi.

Seperti panahan petir, sebenarnya panahan petir itu adalah seperti mesin menghaluskan titisan air hujan. Ia tidak merosakkan tanaman dan sayuran. Juga tidak merosakkan bumbung dan atap kereta. Hal ini kerana panahan petir itu merupakan tapis memastikan benar-benar selamat.

Bermula dari bulan Julai tahun ini sebaik sahaja selesai bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijah & Muharam negara kita kerap kali dihalangi jerebu. Melangkauii Ogos dan dijangka berhenti awal september. Hal ini kerana dalam tempoh tersebut Dalam tempoh itu Allah SWT turunkan hujan bulanan. Pada 25/9/2019 didapati hujan sekejap-sekejap.

Kenapa jerebu berlaku? Allah SWT menukilkan di dalam ayat 11 surah At Tariq.

Langit pertama
‎وَالسَّمَاء ذَاتِ الرَّجْعِ
“Demi langit melimpahkan air hujan”

Imam Shikh Ar Razi dalam kitab Tafsirnya menyatakan.
Langit yang rendah merupakan langit menempatkan awan-awan. Langit ada tiga kedudukannya. Langit rendah menempatkan awan-awan.

Langit ke 2
Ayat 7 surah Azzariat,
‎وَالسَّمَاء ذَاتِ الْحُبُك
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Langit Ke 3
Ayat 1 surah al-Buruj
وَالسَّمَاء ذَاتِ الْبُرُوجِ
Demi kangit yang mengandungi gugusan bintang-bintang dua belas.

Langit rendah menempatkan awan-awan. Langit tinggi untuk laluan jalan jasad-jasad langit. Langit jauh menempatkan bintang-bintang 12 iaitu buruj.

Yang dinyatakan pada kita, tingkat yang rendah menempatkan awan-awan. Di langit ini ditempatkan air hujan. Apabila Langit melimpahkan air hujan yang menempatkan awan-awan, maka awan-awan itu menyimpan air. Air yang diangkat ke langit dipanggil bukhair (wap air). Wap-wap air diangkat ke atas sehingga sampai kelangit rendah di awan. Oleh itu, awan akan terbenih. Awan-awan yang dibenih berdempih-dempih yang berlapis akan sokong menyokong. Lalu Allah SWT salurkan hujan melalui awan-awan itu lalu turunlah air hujan dilimpahkan ke bumi.

Imam Al Alusi dalam kitab Tafsirnya. Air hujan itu merupakan anugerah Allah SWT yang mana lngit yang dekat Allah SWT ditugaskan langit kembalikan semula apa yang diangkat dari bumi. “Demi langit apa yang dikembalikan dari permukaan bumi” maka dikembalikan semula di bumi.

Sekiranya diangkat air, maka dikembalikan hujan. Kalau diangkat naik adalah asap maka dikembalikan jerebu. Apa yang diangkat dari bumi maka dikembalikan semula dari bumi.

Oleh kerana diangkat dari bumi itu asap maka dikembalikan semula jerebu.

Firman Allah SWT

‎وَالسَّمَاء ذَاتِ الرَّجْعِ

Apabila kita dihujani jerebu, maka jika terjadi hujan pun hanya sekejap-sekejap. Jerebu disebut hubar. Apabila dihujani jerebu kita dilimpah musibah. Jerebu itu memudaratkan benda-benda hidup. Jerebu lawannya air. Bila jerebu terjadi maka kita akan mengalami kemarau. Jika kemarau maka susutlah air hujan dan benda-benda hidup akan terancam.Hal ini kerana benda-benda hidup perlukan air.

Jerebu akibat kemarau akan susutkan limpahan air hujan. Terancam benda2 hidup, ternakan dan tumbuhan dan juga manusia. Kelebihan manusia diberi akal. Apa yang harus dilakukan. Haiwan dan tumbuhan tidak mampu lari dari musibah jerebu. Kita kan mengalami susut tumbuhan dan ternakan selepas jerebu. Jerebu akan makan awan putih dan awan hitam.

Ayat 265 surah al baqarah.
‎فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Allah SWT menghendaki kita menghargai hidup dimuka bumi. Kiranya tak dapat limpahan hujan disebelah siang. Jangan khuatir dapat titisan embun di sebelah pagi. Allah SWT beri kita limpah air hujan dan titisan air embun. Maka awan hitam menaburkan air hujan. Awan putih menaburkan titisan embun. Allah SWT limpahkan pada kita 2 jenis air, iaitu air hujan dan air embun.

Awan-awan hitam itulah yang limpahkan air hujan. Awan putih melimpahkan air embun. Air embun meranumkan tumbuhan. Jerebu mengundang kemarau.

Nabi Muhammad SAW bimbang terhadap fenomena harga barang naik tinggi. Jika itu terjadi, itulah kejatuhan ekonomi. Bermula dengan hujan turun bukan pada musimnya dan hujan susut atau hujan sekejap-sekejap. Jerebu bukan saja makan awan hitam malah awan putih. Kesuburan kurang. Serangga bersayap dan berkepak seperti kupu-kupu ia hidup dengan makan pada tubuhnya air embun.

Ikut Nabi Muhammad SAW sabdakan, bahawasanya hamba2 Allah SWT yang jalani hidup dimuka bumi menjadi pilihan Allah SWT. Ialah hamba2 Allah SWT yang menyuburkan matahari, bulan, planet dengan banyakkan zikir pada Allah SWT.

Oleh itu apa yang kita boleh dilakukan adalah dengan perbanyakkan berzikir agar menjadi baja untuk menyuburkan matahari, bulan-bulan dan kesuburan tersebut diturunkan ditempat kita.

Sekian terima kasih. Sila dengar rakaman penuh kuliah di link youtube https://youtu.be/brLDm_OYa78. Segala kekurangan dan kesilapan semasa mencatat dan merakam kami mohon maaf. Sila share.

**Artikel ini adalah tulisan berdasarkan video youtube Ustaz Hanafiah Abdul Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.