‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
⭐‎ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم🌹

Allah SWT perakukan bahawa air hujan merupakan air yang banyak keberkatannya kerana Allah SWT telah memperakukan dengan limpahan air hujan itu, maka tumbuh suburlah kebun-kebun, dusun-dusun dan ladang-ladang. Dengan air hujan bijih benih akan bercambah serta mengeluarkan benihnya menjadi anak-anak pokok yang diharapkan manusia.

‎وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُّبَارَكاً فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ


Terjemahan: “Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;

Dan kami telah turunkan dari langit itu banyak keberkatan. Kami turunkan air yang banyak keberkatan itu untuk ladang-ladang. Kami turunkan bijih-biji benih

Ayat 9 Surah Qaff

Air hujan merupakan air yang banyak keberkatannya. Apa yang dimaksudkan banyak keberkatannya.

Air yang banyak keberkatannya ialah air yang banyak manfaatnya untuk benda-benda hidup. Air hujan merupakan nyawa benda-benda hidup dan benda-benda mati. Benda-benda mati apabila dilimpahkan kan air hujan, maka benda yang mati boleh dihidupkan kembali. Apa lagi benda yang hidup maka bertambah nyawa dan subur apabila peroleh air hujan. Maka air hujan tu Allah SWT berikan suatu martabat iaitu air yang banyak keberkatannya dan banyak manfaat kepada benda hidup dan mati.

Apabila kami turunkan air hujan dan membasahi bumi yang kering kontang, tandus, dan mati maka diberi nyawa semula. Bergerak-gerak bumi yang tandus. Suburlah ia lalu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Apatah lagi benda yang bernyawa menerima air hujan akan bertambah-tambah subur. Air hujan yang bertambah likat warnyana akan lebih banyak manfaatnya.

Kedua, Allah SWT perakukan air hujan yang banyak keberkatan itu membolehkan dusun, ladang terus subur. Sekiranya air hujan tertahan maka akan mati dusun-dusun dan ladang-ladang dan mati pokoknya. Jika mati dengan kemarau boleh jadi terbakar pokok-pokok tersebut.

Yang ketiga, memberi nilai tumbuh, khususnya biji-biji benih yang telah dituai, dipilih dan disemai. Diletakkan di tapak semaian. Itupun perlu air hujan. Air hujan saja yang mampu mengeluarkan biji-biji benih. Allah letakkan air hujan boleh benihkan bijih benih. Allah SWT berikan titisan air hujan supaya perlu dihargai dengan nilai nyawa, subur dan tumbuh.

Tanda-tanda akhir zaman bijih benih sukar untuk tumbuh. Walaupun dipilih dengan dikawal rapi maka tak tumbuh dan tidak bertunas. Jika bijih benih tidak tumbuh, maka manusia akan berdepan krisis makanan. Bangsa Yahudi Bani Israel mengumpulkan pelbgai jenis bijih benih tumbuhan-tumbuhan bagi makanan ruji. Mereka letakkan bijih benih di suatu negara seperti Canada.Ia dipelihara dalam bilik kebal dengan kawalan cuacauntu berdepan dengan fenomena ketidaktentuan cuaca. Bani israel lebih faham untuk menyimpan bijih benih (GMF) modify Magnetif Format ini. Hal ini kerana apabila sumber makanan ruji susah didapati, maka satu dunia akan menyembah mereka untuk mendapatkan makanan.

Untuk tahun 2019 dengan Monson Timur Laut datang awal. Biasanya ia datang 21-28 Oktober. Tetapi kali ini ia datang lebih awal iaitu pada 21-30 September dan 1 Oktober. Walaupun limpahan nya tidak banyak tetapi dapat juga air hujan pada Kita.

Dengan limpah air hujan manusia mengharapkan nyawa subur dan tumbuh. Nyawa mengharapkan limpahan air hujan. Nanti boleh menyebabkan bumi mati dan tandus. Kita mengharapkan kesuburan untuk ternakan dan tumbuhan perlu kesuburan serta kesuburan untuk manusia. Kalau tidak subur, maka haiwan dan tumbuhan akan cepat mati apatah lagi diserang penyakit.

Nabi Muhammad SAW bersabda, akan datang 1 zaman langit terus melimpahkan air hujan akan tetapi bumi tak mampu memberi tumbuhkan tananam dan tiada lagi nilai nyawa, kesuburan. Langit terus limpahkan air hujan tapi bumi tak mampu tumbuhkan tanaman.

Langit mampu limpahkan air hujan tapi limpahan tidak banyak untuk diberi minum dan hanya cukup-cukup sahaja.

Moga2 Allah SWT pandang kita dengan rahmatnya..

Sumber

Kuliah 31/1441 – Tajuk : Air Hujan banyak manfaat & keberkatannya.
Tempat : Masjid Pasir Pelangi
Tarikh : 1/10/2019 (1 Safar 1441)
Masa : Kuliah Subuh
Rujukan : Ayat 9 Qaff
Youtube: https://youtu.be/RR49Bqyi4lk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.