Kejadian gerhana adalah suatu kejadian alam yang tetap akan berlaku terhadap umat manusia. Terdapat dua kejadian gerhana di alam ini iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan. Gerhana matahari dan gerhana bulan keduanya saling berkait kerana jika tiada matahari maka tidaklah akan terjadi gerhana bulan, begitulah sebaliknya. Kedua-dua kejadian ini berlaku di angkasa raya dan manusia sebagai khalifah akan memerhatikannya dari bumi. Cerapan manusia dari bumi tersebut menjadikan bumi juga terlibat dalam fenomena ini yang mana diketahui ianya berkaitan antara satu sama lain iaitu bumi, matahari dan bulan.

Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam masalah ini mendatangkan ayat-ayat nya untuk di tadabbur. Antara ayat-ayat al-Quran tersebut ialah:-

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
(al-Anbiyak ayat 33)
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

 

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
(Yunus ayat 5)
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

 

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
(al-Rahman ayat 5)
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.

 

فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
(al-An’am ayat 96)
Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

 

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
(al-Taubah ayat 36)
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

 

وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ
Yaasin ayat 37
Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

 

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
Yaasin ayat 38
dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

 

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
Yaasin ayat 39
Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

 

لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Yaasin ayat 40
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

 

Ayat-ayat ini menjadikan manusia yang mahu mengambil pengajaran akan berfikir dan mengagungkan Tuhannya. Adat mengatakan mustahil bagi setiap bulan Islam itu akan terjadi 31 hari. Kebiasaannya hanya 30 hari atau 29 hari sahaja. Justeru ini menunjukkan matahari dan bulan itu telah digerakkan oleh Allah dalam ilmunya yang maha luas yang mana dalam perhitungan manusia ia tidak mungkin akan melebihi adat kebiasaanya iaitu menjadi 31 hari.

Gerhana bulan juga tidak akan terjadi kecuali akan terjadi ketika pertengahan bulan. Disebut Yaum al-Bidh di dalam Islam. Iaitu merujuk kepada hari-hari putih. Perlu diketahui matahari sentiasa menyinari bulan, tetapi aktiviti tersebut akan terbantut sekiranya berlaku gerhana bulan. Bumi akan mengambil alih posisi tersebut manakala bulan akan bergelap.

Ayat-ayat ini menjadikan manusia yang mahu mengambil pengajaran akan berfikir dan mengagungkan Tuhannya. Adat mengatakan mustahil bagi setiap bulan Islam itu akan terjadi 31 hari. Kebiasaannya hanya 30 hari atau 29 hari sahaja. Justeru ini menunjukkan matahari dan bulan itu telah digerakkan oleh Allah dalam ilmunya yang maha luas yang mana dalam perhitungan manusia ia tidak mungkin akan melebihi adat kebiasaanya iaitu menjadi 31 hari.
Hikmah kejadian gerhana
1- Kejadian gerhana merupakan kejadian alam bagi umat manusia. Dengan kejadian tersebut dianjurkan beribadah dengan melakukan solat sunat gerhana ketika kejadiannya. Semua manusia sama ada Islam dan bukan Islam akan melihat kejadian tersebut. Jadi perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam ialah solat. Dengan solat, umat Islam akan mendengar khutbah yang disampaikan dan dalam masa yang sama akan menghadirkan khauf (takutkan Allah) dalam jiwa-jiwa mereka.
2- Dengan Khauf kepada Allah juga akan melahirkan perasaan untuk terus beribadah. Antara anjuran Islam ketika gerhana ialah bertaubat, inabah iaitu kembali kepada Allah dengan ketaatan dan taat iaitu patuh kepada suruhannya.
3- Umat Islam juga dianjurkan bersedekah, membebaskan hamba, banyakkan istiqfar dan bertaubat seperti disebut sebelum ini.
4- Rasulullah memberi pengajaran kepada kita menerusi hadithnya iaitu
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا
Hadith riwayat al-Bukhari 1402
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Tidak terjadi gerhana matahari dan bulan karana kematian atau hidupnya seseorang. Tetapi apabila melihat gerhana matahari dan bulan, maka berdoalah kepada Allah dan bersolat”

Selamat beramal.

5 COMMENTS

Leave a Reply to Fairuz Sulaiman Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.