Komet: 8 Fakta Menarik berkaitan Komet

0
4038

  1. Komet merupakan gumpalan jisim yang beredar melalui angkasa dan terdiri daripada pelbagai bahan serta kandungan yang berlainan setiap komet.
  2. Ia bergerak menghampiri sistem suria secara berkala.
  3. Pada kebiasaannya, komet terdiri daripada bebola salji raksasa yang mengandungi habuk, batu-batan, air batu, dan gas beku.
  4. Apabila komet menghampiri matahari, angin suria akan menyebabkan sebahagian daripada komet tersebut cair dan terlerai, membentuk ekor menyala sepanjang berjuta kilometer dan sentiasa bergerak kearah bertentangan daripada matahari.
  5. Ekor komet ini dapat dilihat dari bumi. Ini disebabkan geseran habuk komet dengan angin suria.
  6. Ekor komet terbahagi kepada dua bahagian yang jelas, iaitu ekor daripada debu dan ekor daripada gas.
  7. Ekor komet akan kembali menghilang apabila komet menjauhi matahari. Satu contoh komet adalah komet Halley yang muncul setiap 76 tahun.
  8. Kadang kala graviti matahari atau graviti planet lain akan memesongkan komet seperti yang berlaku kepada komet Shoemaker-levy 9 yang berkecai dan terhempas akibat ditarik oleh graviti planet Musytari pada tahun 1994.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.