Matahari – Bintang Paling hampir dengan Bumi Siri 2

0
2363

Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang. Kandungan kimia bintang boleh dikenal pasti menggunakan peralatan spektroskop. Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang.

Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang raksasa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk super raksasa merah. Super raksasa merah ini kemudiannya membentuk Nova atau Super Nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong Gelap.

Asas semulajadi kecerahan

Mata memberitahu kita mengenai beberapa bintang yang kelihatan cerah berbanding dengan bintang-bintang yang lain. Bintang yang paling malap yang kita lihat dengan mata kasar adalah bermagnitud 6, dengan bintang yang lebih cerah mempunyai magnitude yang lebih kecil. Pada hakikatnya bintang yang paling terang yang kita lihat di langit adalah bermagnitud negatif seperti bintang Sirius, dimana magnitude nyatanya ialah -1.47.

Skala magnitude nyata hanya memberitahu kita bagaimana bintang-bintang cerah itu kelihatan. Apabila merujuk kepada asas kecerahan sesuatu bintang, bermaksud ukuran jumlah keseluruhan cahaya yang dipancarkan oleh bintang itu. Jumlah keseluruhan cahaya yang dipancarkan oleh bintang yang sangat cerah mungkin kelihatan malap jika ianya jauh. Jadi untuk mencari kecerahan sebenar sesuatu bintang, kita mestilah membuat pembetulan yang mempengaruhi jaraknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.