Setelah mengetahui arah barat dengan menggunakan tangan seperti yang telah diajar sebelum ini, maka arah kiblat boleh ditentukan dengan menggunakan gambarajah di bawah ini. Caranya adalah dengan menggunakan jari seperti yang diajar dalam bab yang lalu. Dengan berpandukan bintang Polaris iaitu yang cerah yang berada di langit utara, pencerap boleh mengukur arah kiblat tersebut dengan menggunakan tangan. Kenyitkan sebelah mata seperti yang diajar dalam sebelum ini, bukakan lima jari iaitu bagi mendapatkan 20º. Perlu diketahui arah kiblat tersebut terletak dalam sudut 68º dari titik bintang polaris. Bermakna bukaan lima jari adalah sebanyak 3 kali manakala genggaman penumbuk adalah sebanyak 1 kali. Caranya boleh dilihat dalam gambar di bawah ini.

Buat 3 kali bukaan lima tangan dan 1 kali penumbuk.

Setelah mendapat jarak tersebut, tandakan titik arah yang hendak dicari. Bermakna arah 68º tersebut adalah separuh lebih dari arah 90º yang ditunjukkan sebelum ini.

Arah kiblat adalah dalam sudut 68º sahaja.

Perlu diingatkan arah kiblat tersebut bukanlah betul-betul tepat. Arah yang tepat adalah dengan menggunakan gps (global positional satellite), teodolit atau menggunakan peranti-peranti elektronik yang lain. Salah satu alat pengukuran yang terbaik ialah kompas dari Jepun yang berharga lingkungan RM3000 untuk satu alat.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.