Untuk mengetahui arah utara, kita perlu mencerap bintang Polaris. Polaris merupakan bintang yang terang di sebelah utara. Kedudukan arah bintang tersebut boleh diketahui dengan menggunakan kompas.
Kedudukannya adalah di atas sekumpulan bintang yang membentuk seperti bentuk cebok air. Bintang tersebut betul-betul berada pada kutub utara dan menjadi penanda aras atau rujukan bintang-bintang yang lain. Gambar di bawah menunjukkan bintang-bintang terbit dan terbenam dari arah timur ke barat dengan menjadikan bintang polaris sebagai titik kutub.