Meteor Jatuh ke Bumi

0
2488

Dubai – kira-kira 45 minit yang lalu,  suatu objek yang dikenali sebagai meteor telah jatuh ke bumi. Kejadian berlaku dalam kawasan gelap di Bandar Dubai yang disaksikan oleh ramai penduduk itu telah menjadikan Bandar Dubai panik seketika. Khaleej Times melaporkan terdapat 3-4 percikan seperti bunga api.

Menurut seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Hifni Nasif, beliau mengatakan meteor tersebut betul-betul terjadi di depannya seperti sebuah kapal terbang terbakar. “Ya, saya nampak betul-betul depan mata, ingatke kapal terbang terbakar” ujarnya.

Meteor adalah benda langit yang berukuran kecil dengan jumlah yang sangat banyak dan mengelilingi Matahari dalam lintasan yang tidak tetap. Ketika memasuki atmosfera bumi, meteor akan bergeser dengan udara sehingga mengeluarkan percikan api dan akan nampak seperti bintang jatuh. Meteor yang tidak habis terbakar di atmosfera akan jatuh ke permukaan bumi dan menyebabkan lubang besar atau kawah. Meteor yang jatuh ke bumi dinamakan meteorit.

Video yang berdurasi 29 saat ini menggambarkan bagaimana meteor tersebut melalui langit Dubai.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.