Orang-orang Greek dahulu menggambarkan alam mengikut kepercayaan mereka. Disebabkan adanya sifat ingin tahu dalam diri mereka membuatkan mereka mengkaji alam lebih daripada kepercayaan semata-mata. Ahli falsafah Greek telah berfikiran ke hadapan dengan mencipta model kosmos dan menggambarkannya melalui geometri.

Pada abad ke-6 Pythagoras telah membentuk asas kosmologi Greek pada peringkat awal dengan memasukkan beberapa aspek model saintifik. Salah satu aspek tersebut menyatakan bumi adalah sfera. Menurutnya, sebab utama mengapa bumi berbentuk sfera ialah kerana sifat-sifat sfera itu adalah simetri atau sempurna daripada pepejal lain. Menurutnya lagi, bumi dilengkapi oleh satu lagi sfera yang dilingkungi oleh bintang-bintang dan sfera kecil yang membawa planet-planet. Sfera planet-planet tersebut bergerak perlahan pada kadar yang berbeza dari timur ke barat. Tempoh putaran planet juga bertepatan dengan masa bagi setiap planet mengelilingi zodiak. Model kosmos Greek ini menganggap bahawa bumi itu pegun iaitu tidak bergerak dan menggunakan model geosentrik untuk gambarkan keadaan tersebut. Model kosmos geosentrik ini bergantung kuat kepada andaian bahawa alam mesti harmoni dan sempurna. Namun model awal pythagoras ini tidak dapat menjelaskan gerakan retrograde (gerakan berbalik planet dalam istilah astronomi).

Selepas satu abad, muncul pula seorang ahli falsafah Greek iaitu Plato yang berpendapat bahawa bumi adalah sfera dan semua jasad samawi bergerak secara seragam mengelilingi bulatan. Menurut Plato, sasaran model astronomi adalah untuk menyelamatkan perihal apa yang dilihat, iaitu mencipta satu model untuk menjelaskan gerakan-gerakan yang dicerap.

Selepas Plato, anak muridnya Aristotle telah menghasilkan model geosentric fizikal gerakan seragam yang pertama. Model Aristotle juga dianggap lebih saintifik kerana tidak memasukkan keindahan fizikal. Menurut Aristotle, kosmos terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan perubahan berhampiran bumi (nyata) dan kawasan kekal abadi (syurga).

Kesimpulannya, model kosmos Greek ini bersifat geosentrik dan menganggap bumi adalah sfera.

Nota: Geosentrik bermaksud bumi sebagai pusat sistem samawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.