Zamharira atau kalimah زَمْهَرِيرًا adalah suatu kalimah dalam al-Quran dari surah al-Insan ayat 13. Kalimah ini diterjemah dalam bahasa melayu sebagai dingin sejuk. Ada pendapat lain yang menterjemahkannya sebagai bulan. Iaitu merujuk kepada syurga yang sifatnya terang benderang walaupun tiada matahari dan bulan. (terjemahan tafsir jalalayn)

Dalam pengajian falak yang diikuti sebelum ini di Universiti Malaya, Ustaz Hanafiah Abdul Razak menterjemahkannya sebagai waktu bulan mengambang yang berkaitan 13, 14 dan 15 hb dalam kalendar Islam.

Menurutnya lagi fenomena alam yang berlaku sekarang ini adalah fenomena berulang yang akan berlaku mengikut peraturannya. Bermula banjir di Sabah pada bulan Oktober, diikuti banjir besar di Pulau Pinang pada November dan sebulan selepas waktu tersebut kemungkinan akan berlaku banjir besar di kawasan pantai timur.

Ustaz Hanafiah yang juga Panel Pakar Falak JAKIM berkata, semua fonemena ini kemuncaknya adalah ketika zamharira. Mengulas banjir besar di Pulau Pinang beliau berkata angin dari vietnam telah datang dengan kuat dan singgah di Pulau Pinang. Untuk bulan Disember ini, angin dari Filifina dan Vietnam akan melalui laut China Selatan dan kemungkinan singgah di negeri-negeri pantai timur adalah tinggi.

Beliau berkata demikian dalam kuliah bulanannya di Universiti Malaya dalam membahaskan kitab Ajaib Makhluqat Wa Qaraib al Maujudat yang berusia lebih 800 tahun dalam tajuk pembentukan buruj-buruj (zodiak). Menurutnya lagi semua kejadian alam ini merupakan pedoman dan bukanlah tilikan.

video pengajian boleh didapati dalam fanpage: sekretariat talaqqi kitab thurath

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.