Pada 3000 b.c matahari kelihatan di Taurus pada vernal equinoks, hari pertama musim bunga (lihat rajah di bawah) hari ini kita lihat matahari di Pisces pada permulaan musim bunga.

Setelah 5000 tahun berlalu, kedudukan vernal equinoks telah berganjak ke barat Taurus, melalui Aries iaitu dalam tempoh 5000 tahun kedudukan vernal ekuinoks telah berganjak melalui dua buruj. Jadi untuk mengelilingi kesemua zodiak akan mengambil masa 6 kali lebih lama atau sekitar 6×5000=30,000 tahun. (kiraan yang lebih tepat diberikan 25780 tahun). Pegerakan perlahan hanyut ke barat oleh ekuinoks merujuk kepada bintang dinamakan peliukan equinoks. Kesan peliukan terhadap ekuinoks ialah mengubah kedudukan zodiak dan matahari ketika berlaku ekuinoks dan solstis.

Peliukan juga mempunyai kesan yang tidak begitu ketara: kutub-kutub samawi bergerak di langit, dengan hasilnya bahawa bintang kutub utara berubah (rajah di bawah) kutub utara samawi sekarang ini berada dekat dengan bintang Polaris, 5000 tahun dahulu kutub utara adalah berkedudukan dengan bintang Thuban (dalam draco) sekitar 12000 tahun dari hari ini, peliukan akan menyebabkan kutub utara samawi berada berdekatan dengan bintang cerah Vega di buruj Lyra. Peliukan adalah sukar untuk diperhatikan tampa teleskop, kerana ia berlaku sangat perlahan tetapi jika satu tamadun menyimpan rekod-rekod astronomi untuk beberapa abad, ahli astronomi mereka dapat mengesan anjakan ekuinoks dan solstis merujuk kepada bintang-bintang sedang terbit.

Rujukan

1-Michael Zeilik, The evolving universe

2-https://usm.maine.edu/planet/why-vernal-equinox-called-first-point-aries-when-sun-actually-pisces-date

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.