Pemilihan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia)

0
5453
  1. Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 jatuh pada hari Sabtu, dan dalam kalendar Hijrah bersamaan dengan 4 Safar 1377. Tarikh perisytiharan ini dipilih oleh para ulama yang diketuai oleh Syeikh Abdullah Fahim seorang ahli falak yang juga datuk kepada PM kita yang ke 5, Tun Abdulllah Ahmad Badawi. Beliau memberikan 2 tarikh pilihan, sama ada 31 Ogos 1957 atau 31 Ogos 1962 (30 Rabiul Awal 1382 – Jumaat).
  2. Tarikh tersebut dipilih berdasarkan kalendar matahari, bukan kalendar bulan. Kiraan tersebut dibuat berdasarkan pergerakan buruj dan dianggap tahun terbaik untuk melakukan sesuatu perkara yang besar. Bulan Safar jika mengikut kepercayaan khurafat sesetengah masyarakat Melayu dahulu kala adalah bulan tidak baik (sial). Pemilihan tarikh 31 Ogos yang kebetulan bersamaan 4 Safar ini sekaligus menolak kepercayaan karut tersebut.
  3. Jika dikira dalam kalendar Hijrah, tahun 1440H sekarang ialah ulangtahun kemerdekaan kita yang ke 63. Tambah sebulan 4 hari lagi, iaitu 4 Safar 1441H, akan menjadi ulangtahun ke 64.
  4. Dalam Islam, penggunaan kedua-dua kalendar, sama ada berdasarkan bulan atau matahari adalah diiktiraf dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupan manusia mengikut kesesuaian. Peredaran matahari dan bulan itu selain dari digunakan untuk pengiraan musim, masa dan tarikh, ia berkait dengan ibadah umat Islam.
  5. Tahun ini kita meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 62 pada hari terakhir tahun 1440H (30.12.1440H). Esok (maghrib nanti) akan tiba 1 Muharram 1441H (1.1.1441H).

Selamat meraikan hari ulangtahun kemerdekaan ke 62 dan Salam Tahun Baharu Hijrah 1441. Semoga tahun baharu ini dapat kita manfaatkan sebaiknya.

Dr. Saadan Man

Universiti Malaya, Kuala Lumpur
31.8.2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.