Pergerakan Bintang–Bintang (Motion of the Stars)

Peruntukkan satu malam untuk mencerap bintang–bintang di langit dari senja sehingga fajar. Bintang itu kelihatan bergerak relatif kepada ufuk anda, terbit sebelah timur dan bergerak perlahan dalam keadaan lengkung terhadap langit dan terbenam di sebelah barat (lihat gambar di bawah).

Ufuk ialah garisan bayangan di mana bumi dan langit akan bertemu jika tidak terdapat halangan (seperti bukit, bangunan dll). Ufuk yang dilihat di laut menghampiri takrifan ufuk unggul).

Jika seseorang pencerap berada di Malaysia dan megadap selatan pada bulan Disember, buruj orion akan dapat dilihat di sebelah timur arah selatan pada tengah malam (lihat rajah di bawah). Barat akan berada sebelah kanan pencerap, manakala timur sebelah kirinya.

Bagi pencerap bintang yang setia pada setiap malam, mereka akan perasan atau dapat mengesan buruj–buruj yang kelihatan di langit bertukar dengan musim.

Pada musim sejuk buruj Orion sekali lagi akan berada di sebelah selatan pada waktu tengah malam. Berikutnya pada waktu yang sama buruj Orion bergerak perlahan ke barat menuju matahari. Pada musim panas buruj Orion tidak tidak dapat dilihat secara langsung kerana ia berada bersebelahan dengan matahari dan berada di langit pada siang hari. Pada musim sejuk berikut (setahun berlalu) buruj Orion muncul semula pada tempat asalnya di langit relatif kepada matahari

Jika seseorang tinggal di hemisfrera utara dan selalu melihat ke arah utara, mereka akan dapati sesetengah bintang–bintang tidak akan terbenam di bawah ufuk tetapi membuat jejak bulatan lengkap di atas (lihat rajah di bawah). Bintang–bintang ini dinamakan bintang lilit kutub. Pusat bulatan bulatan bintang-bintang tersebut adalah tanda arah kutub samawi. Titik dimana bintang–bintang kelihatan mengelilingi sebiji bintang yang agak terang dinamakan Polaris yang berada hampir dengan kutub utara samawi. Hari ini Polaris adalah bintang kutub utara (lihat rajah di bawah) Tidak terdapat sebarang bintang yang terang yang berada hampir dengan Kutub selatan samawi. Jadi tidak terdapat bintang kutub selatan yang tertentu.

Pegerakan Matahari (The Motions of the Sun)

  • Gerakan harian matahari: terbit sepanjang ufuk timur membuat jejek lengkung di langit dan terbenam sepanjang ufuk barat. Ini adalah takrifan paling asas bagi putaran dan kitaran waktu iaitu merujuk kepada siang dan malam.
  • Pertengahan antara terbit dan terbenam matahari. Matahari mencapai titik tertinggi relatif kepada ufuk yang ditakrifkan sebagai tengah hari. Selang masa antara satu tengahari ke tengah hari berikutnya menetapkan panjang suria.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.