Puasa Sunat Dalam Bulan Muharam 1439H

2
3421

Setelah diperintahkan haji dalam bulan Zulhijah, maka bulan Muharam inilah disuraikannya. Saidina Umar al-Khattab mengunggapkan ungkapan seperti berikut semasa keputusan memulakan kalendar Islam dibuat,

“Hijrah telah memisahkan di antara yang hak dengan yang batil maka kita mulakanlah dengannya, manakala Muharam menyuraikan sekalian manusia dari haji mereka”

Muharam telah dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam. Disebabkan kalendar ini berkait rapat dengan urusan agama dalam penentuannya, maka sudah pasti terdapat pelbagai amalan di dalamnya yang bertepatan dengan syariat Islam. Artikel ini akan membahaskan berkenaan puasa sunat yang terdapat dalam bulan ini. Disebabkan akan terdapat puasa selama seminggu berturut-turut dalam minggu akan datang, maka dirasakan sesuai untuk mengingatkan amalan tersebut dan dalil berkaitannya.

Bagi yang ingin melakukan puasa sunat, maka ia tiada tegahan dalam agama. Selagi mana ianya sunat maka ia tetap sunat. Melakukan puasa tersebut akan mendapat pahala manakala meninggalkannya tidak akan diazab.

Di Malaysia, tarikh 1 Muharam 1439 H/ 2017 tidak sama dengan beberapa negara arab. Ada antara mereka menyarankan berpuasa selama 8 hari berturut-turut, bagi Malaysia disebabkan 1 Muharam 1439 H jatuh pada hari Jumaat, maka tarikh puasa sunat kita adalah seperti berikut:-

9 Muharam/Sabtu (30 September)

“وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏‏”‏لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع‏”‏ ‏(‏رواه مسلم‏)
“Dari Ibn Abbas R.Anhuma berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sekiranya aku hidup lagi tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan Muharam”

Hadis di atas menyarankan kepada kita untuk berpuasa 9 Muharam kerana untuk membezakan antara amalan Orang Islam dan orang Yahudi. Rasulullah S.A.W telah wafat dahulu sebelum sampainya tahun yang baginda inginkan puasa tersebut.

10 Muharam/Ahad (1 Oktober)

(1862) كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

“Sesungguhnya Rasullullah S.A.W telah menyuruh umatnya berpuasa pada Hari Asyura’, tetapi apabila telah difardhukan Ramadan kelonggaran tersebut telah dilonggarkan kepada sesiapa yang mampu supaya berpuasa dan yang tidak mampu supaya berbuka”

dan

وعن أبي قتادة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال‏:‏ ‏”‏يكفر السنة الماضية‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)”

“Dan daripada Abi Qatadah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah ditanya tentang kelebihan puasa hari Asyura’, maka baginda bersabda puasa tersebut menghapuskan dosa setahun yang lalu”

 11 Muharam / Isnin (2 Oktober)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا)

رواه أحمد 2155)

“Daripada Ibn Abbas R.A berkata : Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah kamu pada hari Asyura’, berbezalah dengan Orang Yahudi, Puasalah sehari sebelumnya  atau sehari selepasnya”

walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang hadis ini, tetapi ada sebahagian mazhab mengharuskannya berpuasa untuk berbeza amalan dengan golongan Yahudi. Berpuasa sama ada tiga hari berturut-turut atau berbuka salah satu antara 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam.
Hadis ini dikuatkan dengan hadis yang lain kerana bertepatan tarikh tersebut ialah hari Isnin. Jadi dalam masa yang sama terdapat hadis yang kuat yang mengangkat martabat bagi orang yang ingin berpuasa sunat pada hari tersebut.

روى مسلم (1162) عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ : ( فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ )

“Daripada Abi Qatadah al-Ansari R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin, maka baginda bersabda “Pada hari tersebut aku dilahirkan dan pada hari tersebut telah diturunkan wahyu ke atasku”

dan lagi

وروى الترمذي (747) وحسنه عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ )

“Daripada Abi Hurairah R.A Sesungguhnya diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”

12 Muharam / Selasa (3 Oktober)

cuti dari berpuasa

13 Muharam / Rabu (4 Oktober), 14 Muharam/ Khamis (5 Oktober), 15 Muharam /Jumaat (6 Oktober)

Pada tarikh ini bertepatan dengan hari bidh (hari putih) dalam bahasa melayu. Hal ini bertepatan dengan terangnya bulan pada waktu tersebut.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث‏:‏ صيام ثلاثة أيام من كل شهر، وركعتي الضحى وأن أوتر قبل أن أنام‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

“Daripada Abi hurairah R.A beliau berkata, Rasulullah telah wasiatkan kepadaku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari dalam setiap bulan Islam, dua rakaat dhuha dan solat sunat witir sebelum tidur”

Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis berkaitan kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dan hari Asyura ini. Artikel ini hanya memasukkan sebahagian sahaja dari hadis-hadis tersebut. Selamat beramal.

Rujukan

1-Sahih Bukhari, Dar al-Taqwa, 2001

2-https://islamqa.info/ar/128423

3-https://sunnah.com/riyadussaliheen/9/268

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.