SEMINAR FALAK NUSANTARA 2018 | SARAS 2018

0
2538

Pada tanggal 17-18 Oktober, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) menjadi saksi terhadap satu program yang julung kali diadakan, bagi mengumpulkan para cendekiawan dalam bidang falak atau astronomi. Seminar Falak Nusantara atau turut dikenali dengan nama Southeast Asia-Regional Astronomy Seminar (SARAS) dengan tema ‘Ilmu Falak dan Masyarakat’ menampilkan suatu kelainan dalam mengumpulkan ahli mahupun pakar dalam pelbagai kepakaran dalam bidang astronomi itu sendiri.

Tujuan seminar bertaraf antarabangsa ini menampilkan beberapa ahli astronomi dari pelbagai negara dan turut menyajikan para peserta dengan beberapa skop lapangan astronomi yang berbeza. Antaranya ialah:

  • Astronomi Islam
  • Astronomi Cerapan
  • Astronomi Kebudayaan
  • Astronomi Komuniti

Program anjuran bersama INSTUN, Jabatan Mufti Negeri Perak dan Universiti Malaya ini bertujuan mendedahkan keluasan ilmu astronomi secara teori kepada para peserta serta memberi peluang kepada mereka untuk membuka ufuk pemikiran terhadap kefahaman mereka mengenai ilmu astronomi daripada perspektif yang berbeza. Disamping menghadirkan beberapa tokoh daripada luar negara, program seperti ini membuka ruang untuk berlakunya perbincangan akademik dua hala antara para peserta dan tokoh. Ini secara tidak langsung menjadi satu medan yang memberikan impak yang besar terhadap pencinta ilmu astronomi.

Program ini dirasmikan dengan ucaptama daripada Dato Dr. Mohd. Zambri Zainuddin yang menyentuh mengenai ‘Halatuju dan Pemerkasaan Astronomi Serantau’. Aturcara program ini dibahagikan kepada lima sesi mengikut kategori yang ditetapkan. Setiap sesi akan dimulakan dengan pembentang utama khas oleh panel pakar dalam kategori berkenaan sebelum dilanjutkan oleh para pembentang akan kertas kerja mereka masing-masing. SARAS 2018 juga mendatangkan panel bukan sahaja daripada dalam negara, bahkan daripada negara Brunei, Indonesia dan Filipina.

     

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, tajuk, video dan kertas kerja pembentangan, sila layari laman sesawang rasmi SARAS 2018 pada pautan dibawah.

http://saras2018.instun.gov.my/index.php

kredit: SARAS 2018, Najmuddin UM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.