Nama penuh beliau ialah Abu Abdallah Mohammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani. Dikenali dengan nama al-Battani dan nama lain dalam versi latin seperti Albategnius, Albategni dan Albatenius. Dilahirkan di Harran, yang dipanggil Carrhae pada zaman dahulu oleh orang Rom. Terletak di Sungai Balikh, 38 km tenggara Urfa. Keluarganya telah menjadi ahli mazhab Sabian, sebuah mazhab agama penyembah bintang dari Harran. Sungguhpun keluarganya menganut agama Sabian, tetapi al-Battani merupakan seorang muslim yang sejati.

Disebabkan beliau dibesarkan dalam keluarga penyembah bintang, maka al-Battani sangat mahir dalam ilmu astronomi. Termotivasi dengan ilmu astronomi dan matematik dari seorang sarjana yang cemerlang pada zamannya iaitu Thabit Ibn Qurra al-Harrani.

Artikel ini akan memfokuskan kepada sumbangan dan kehebatan al-Battani dalam bidang astronomi terutamanya hasil kerja yang melibatkan Ptolemy dan buku yang diterbitkan olehnya. Antara hasil kerja beliau ialah:-

  • Daripada kaedah Trigonometri Ptolemy yang menjelaskan tentang alam seperti epicycle dan defferent, Al-Battani terbitkan suatu persamaan matematik yang paling penting iaitu

b sin (A) = a sin ( 90°  – A)

  • Dia juga menerangkan bahawa matahari mempunyai kedudukan jauh dari bumi dan  mempunyai kedudukan paling hampir dengan bumi. Sebab itulah boleh terjadi gerhana Anulus (cincin). Iaitu kaedah Perihelion dan Aphelion yang dijelaskan oleh saintis sekarang.

  • Juga menjelaskan tentang gerhana penuh
  • Al–Battani berani mengatakan jarak matahari ke bumi berbeza berdasarkan apa yang dikatakan oleh Ptolemy. Longitud bagi apogee matahari paling jauh berdasarkan kaedah geosentrik ialah 16° 47’ daripada nilai yang diberikan oleh Ptolemy. Dengan penemuan ini barulah difahami tentang pergerakan matahari dan Equation of Time. Oleh itu, perbezaan sundial dan jam kita dengan ada masanya cepat 16°,8° dan sama boleh diketahui .
  • Beliau juga berani menentang Ptolemy berdasarkan cerapan. Kerja–kerjanya sangat penting kerana bangunkan sains dengan nombor menggunakan hujah. Hasil kerjanya sangat mempengaruhi ahli sains barat seperti Tycho Brahe, Kepler, Galileo Galilei dan Copernicus.

Beliau telah menerbitkan sebuah buku yang diberi nama dengan kitab al-Zij. Dalam buku ini mengandungi banyak kerja–kerja dalam bidang astronomi dan juga komen terhadap Ptolemy. Buku ini mempunyai 57 bab, bermula dengan penjelasan tentang sfera .

Bab 1-3: Menerangkan bagaimana membahagi sfera samawi mengikut buruj- buruj dalam darjah, memperkenalkan latar belakang penggunaan simbol matematik seperti operasi arithmatik, dan penggunaan fungsi trigonometri.

Bab 4: Menerangkan semua data-data cerapan Al-Battani

Bab 5-26: Membincangkan kebanyakan masalah-masalah astronomi berdasarkan kitab Al-Magest yang dikarang Ptolemy.

Bab 27– 31: menerangkan pergerakan matahari , bulan dan lima planet lain yang berdekatan bumi.

Bab 32–48: Menjelaskan bagaimana hendak membaca jadual astronomi

Bab 49–55: Membincangkan berkaitan masalah dalam astrologi

Bab 56: Menerangkan bagaimana hendak membina jam matahari (Sundial)

Bab 57: Menerangkan tentang pembinaan dan pembuatan alatan astronomi seperti astrolabe dan rubuk mujayyab.

Disebabkan usaha beliau yang sangat rajin dan tekun dengan kerjanya. Hasil kerja beliau masih lagi digunapakai sehingga sekarang

 

 

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.