Sumbangan al-Biruni Dalam Bidang Matematik dan Astronomi

1
16920

Nama penuh beliau ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni. Merupakan pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Hidup sekitar tahun 973-1048.

Sumbangan dalam bidang matematik:-
1. Oleh kerana beliau pakar dalam bidang matematik , jadi beliau boleh menerangkan sistem nombor India (Hindu Numeral)

2. Beliau juga boleh menjelaskan tentang prinsip kedudukan (Principle of Position)

3. Beliau juga menghasilkan “summation of a geometric progression” atau janjang dalam istilah melayu. Ini adalah ilmu yang berkaitan tentang permainan catur. Pengiraan beliau dalam menentukan ketepatan janjang ialah:-

1616° – 1 = 18,446,744,073,709,551,619.
.
4. Beliau juga hasilkan “Trisection of Angle” iaitu sudut-sudut boleh dibahagikan mengatasi masalah yang tidak boleh diselesaikan menggunakan pembaris dan kompas.

5. Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.

6. Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah (Rashikat al-Hind) Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran Aritmetik , dan Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

Sumbangan dalam bidang Astronomi pula ialah :-

1. Al-Biruni membincangkan permasalahan yang sebenarnya berabad-abad lebih ke hadapan
Contoh: Samada bumi berputar atas paksi ataupun tidak

2. Orang pertama yang membuat eksperimen fenomena astronomi. Gabungan kaedah saintifik dan Al-biruni menjadi asas kepada sains moden.

3. Al-Biruni membuat perbandingan tentang halaju bumi dengan halaju cahaya dan mendapati ianya sangat besar.

4. Al-Biruni juga mengemukakan contoh tentang pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bintang-bintang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu Bandar.

5. Dalam teori alam semesta, al-Biruni beranggapan alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Dalam masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.

6. Mengenai teori geosentrik, al-Biruni dan cendekiawan sezaman dengannnya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau mengatakan selagi sesuatu teori tidak dapat dibuktikan dengan kukuh, kita mesti merujuk kepada teori yang terdahulu.

7. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari mengenai geosentrik dalam sebuah karyanya yang berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syams.

8. Beliau juga telah menerangkan mengenai siang dan malam dan dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.

9. Beliau telah mencipta alat untuk mengukur masa dan waktu siang hari serta menulis buku mengenainya yang berjudul Ta’bir al-Mizan wa Ta’bir al-Zaman.

10. Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara yang berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Menurutnya matahari ialah suatu jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila berlaku gerhana penuh.

Nota:

Geosentrik: Bumi sebagai pusat sistem suria, Heliosentrik: Matahari sebagai pusat sistem suria

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.