Teori Big Bang dan Letusan Besar Alam Semesta

0
3949

‘Big Bang’ dan Letupan Alam Semesta

Tahukah kamu berjuta-juta tahun dahulu alam semesta ini hanya satu titik kecil. Sekarang masanya untuk belajar bagaimana titik kecil ini berkembang.
Kamu mungkin pernah melihat filem kartun di TV. Selalunya, musuh akan mengejar hero filem tersebut dan hero akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri. Salah satu benda yang sering digunakan ialah dinamit. Contohnya, musuh Bugs Bunny meletakkan dinamit di rumahnya, atau musuh Road Runner meletakkan dinamit di jalannya. Selalunya, musuh-musuh ini berjaya melarikan diri dengan kemahiran yang hebat.

Sekarang, cuba bayangkan salah satu letupan ini. Contohnya, pemburu yang mengejar Bugs Bunny meletakkan bahan letupan ke dalam rumah bawah tanahnya. Apa berlaku apabila ia meletup? Tanah berselerakan dan serpihannya bergerak daripada satu sama lain. Sebelum letupan tersebut, serpihan-serpihan tanah ini bercantum. Tetapi, selepas letupan, serpihan-serpihan kecil tanah berselerak di merata tempat dan bergerak daripada satu sama lain.

Berjuta-juta tahun dahulu, alam semesta ini wujud selepas sebuah letupan. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini. Serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain.

Letupan ini, yang menjadi permulaan kepada penciptaan cakerawala ini oleh Allah, telah dinamakan sebagai ‘Big Bang’. Ketika letupan hebat ini berlaku, alam ini mula membesar dan berkembang, dan ia masih berkembang hari ini.
Sebelum meneruskan ke bahagian lain, mari kita senaraikan beberapa fakta yang telah kita buat sebelum ini:

1. Dahulu, alam ini tidak wujud;
2. Alam ini wujud dengan letupan satu titik kecil;
3. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain;
4. Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.

Ini adalah tanda kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Sekalipun seluruh manusia di Bumi ini bergabung, mereka tidak akan dapat meniru cakerawala ini. Walaupun semua bahan-bahan di dunia ini dikumpulkan, manusia masih gagal meniru letupan sebesar ‘Big Bang’. Semua kekuatan hanya milik Allah, Yang menjadikan segalanya. Setelah membaca bahagian berikutnya kamu akan lebih memahami kekuasaan tidak terbatas Allah dan kebijaksanaan-Nya.

Sumber: HarunYahya: Keindahan di Langit (2003)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.