Stesen Angkasa Lepas China Dijangka Jatuh Ke Bumi. Malaysia Disenarai Salah Satu Negara Hentakan!!

0
2917

Stesen angkasa lepas China yang dilancarkan pada tahun 2011 iaitu Tiangong-1 dijangka jatuh ke bumi selepas kegagalan dalam pengendaliannya. Pada 14 Sept 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa yang dilancarkan pada 29 Sept 2011 itu akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung tahun ini selepas misi selama enam tahun.

Berdasarkan satu nota yang dihantar pihak kerajaan China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan kebarangkalian untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.

Melalui Nota itu, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan ramalan akan ditingkatkan serta ramalan masa ‘re-entry’ akan disiarkan.

Di Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad menyimpulkan kemungkinan Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Beliau berkata berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09 peratus dan kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 km persegi pula adalah kira-kira 0.0000699 peratus sahaja.

“Berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347, 860, 000 km persegi.Selain daripada Malaysia khususnya Kuala Lumpur, kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara); Sydney, Australia (33.86 darjah selatan); Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara),” katanya lagi dalam satu kenyataan menerusi bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.