Betulkah Ilmu Astronomi Penting !!!

0
3693

Ilmu astronomi adalah ilmu yang tertua sekali di dalam peradaban dunia. Digelar “ratu sains” kerana begitu istimewa dan dekat dengan manusia. Kajian utama terbesar dalam ilmu ini adalah melibatkan matahari dan bulan.
Bayangkan manusia saban tahun melihat bulan dan matahari. Dua objek samawi tersebut telah memberi manfaat dan peluang kajian yang besar kepada umat manusia sejagat. Disamping matahari dan bulan, kajian terhadap ilmu ini juga melibatkan objek samawi yang lain seperti bintang, planet, asteroid, satelit bulan dan lain-lain lagi.

Matahari dan bulan
Matahari dan bulan sangat penting kepada manusia dan penduduk di alam ini. Apa akan terjadi jika tiada matahari dan bulan ini tidak wujud? Atau ada salah satu sahaja objek tersebut wujud?. Adakah manusia, haiwan dan tumbuhan berada dalam waktu siang selamanya atau bergelap selamanya? Ini persoalan awal yang perlu dijawab. Seperti yang kita maklumi selama ini bahawa manusia haiwan dan tumbuhan memerlukan matahari untuk membuat makanan, membekalkan tenaga dan menerangi manusia untuk meneruskan kehidupan, bulan juga tidak kurang hebatnya iaitu dijadikan tempat sebagai penunjuk pelayaran, menentukan perjalanan hari, minggu, bulan dan tahun. Jika tiada bulan maka keajaiban pasang surut air laut tidak pernah akan berlaku!!!. Ajaib bukan?.
Selain itu, Islam juga sangat menitikberatkan dua objek samawi ini. Allah bersumpah dalam al-Quran menggunakan dua objek samawi ini. Bayangkan betapa besarnya fungsinya kepada manusia. Matahari digunakan untuk mengira waktu solat, mencari arah kiblat dan mengetahui arah sesuatu tempat dengan gambaran arah timur barat. Manakala bulan digunakan dalam Islam sebagai ukuran permulaan kalendar yang ditentukan dengan melihat anak bulan pada setiap bulan.

Bintang-Bintang
Bintang merupakan objek samawi cantik yang menghiasi alam ini. Bergemerlapan berkelip pada waktu malam. Bayangkan jika tiada bintang di alam ini. Sunyi bukan? Selain menghiasi malam, bintang juga digunakan sebagai penunjuk arah dalam pelayaran dan digunakan sebagai penunjuk arah kiblat. Buruj Orion dan bintang Polaris digunakan untuk mengukur arah kiblat. Selain itu bintang digunakan sebagai gelombang dalam bidang komunikasi. Putaran bintang Neutron menghasilkan gelombang radio yang digunakan dalam komunikasi.
Bintang juga digunakan oleh pakar Astrofotografi untuk mengambil foto dan menjualnya kepada orang lain. Gambarnya bukan sahaja diambil dari bumi, malah diambil oleh teleskop-teleskop besar yang lain seperti Hubble Space Teleskop dan lain-lain lagi.

Planet-planet
Disamping bergerak mengelilingi matahari, terdapat juga planet-planet yang bergerak berbalik dan meneruskan gerakan mengelilingi matahari. Gerakan ini dipanggil retrograde motion. Gerakan sebegini memberikan banyak hikmah kepada ahli astronomi untuk mengira ketepatan gerakan alam ini. Tahukah kita bumi yang kita diami ini adalah sebuah planet?. Ya, bumi ini adalah sebuah planet yang dihuni oleh manusia haiwan dan tumbuhan dan merupakan sebuah planet yang punyai keajaiban tersendiri. Bagi planet-planet lain, masih terdapat 1001 keajaiban yang belum kita terokai.

Asteroid
Antara Planet Musytari dan Marikh terdapat ribuan objek kecil samawi yang dikenali sebagai asteroid. Objek-objek ini bergerak di dalam orbitnya sendiri. Gerakan objek-objek tersebut adalah mengelilingi matahari. Cuba bayangkan jika objek-objek tersebut berlanggar antara satu sama lain? Pastinya serpihan perlanggaran itu akan jatuh ke bumi dan boleh jadi bumi juga akan menerima kesan teruk perlanggaran tersebut.

Ribuan lagi objek samawi lain yang perlu dipelajari supaya kita tidak alpa dengan apa akan berlaku kepada bumi ini suatu masa nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.