Manusia yang berakal akan sentiasa berfikir dan memikirkan apa yang diciptakan oleh Tuhannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Penciptaannya mempunyai hikmah dan dapatan yang baik pada manusia dan makhluk-makhluk di alam ini.

Sungguhpun manusia dibenarkan berfikir, tetapi masih ada keterbatasannya dalam memikirkan sesuatu perkara. Contohnya zat Allah, betapa besarnya Allah, Bagaimana rupa dan fizikal Allah adalah dilarang untuk memikirkannya. Tetapi penciptaan Allah tiada batasnya dalam memikir dan seterusnya membawa kepada kajian yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Tadabbur Surah Nuh ayat 15-16 membawa kita memahami penciptaan langit, bulan dan matahari. Apakah rahsia di sebalik penciptaannya. Ketika memerhati alam, mahu atau tidak mahu objek-objek tersebut akan terlihat dan terbentang di depan mata kita. Justeru marilah kita sama-sama mengambil iktibar mudah-mudahan mendapat ibrah dan pengajaran yang baik untuk diterokai.

Allah S.W.T berfirman:- 

أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا – 71:15

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat – tingkat?”

وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا – 71:16

“Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita?”

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera di dunia ini terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.

Harun Yahya dalam bukunya Kejaiban al-Quran menjelaskan lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut:-

Sungguhpun manusia dibenarkan berfikir, tetapi masih ada keterbatasannya dalam memikirkan sesuatu perkara. Contohnya zat Allah, betapa besarnya Allah, Bagaimana rupa dan fizikal Allah adalah dilarang untuk memikirkannya. Tetapi penciptaan Allah tiada batasnya dalam memikir dan seterusnya membawa kepada kajian yang boleh digunakan oleh orang ramai.
  • Troposfera
  • Staratosfera
  • Ozonosfera
  • Mesosfera
  • Termosfera
  • Ionosfera
  • Eksosfera

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ialah pertalian rapat antara apa yang ada di langit dengan bumi. Selain penciptan lapisan langit Allah S.W.T juga telah menciptakan bulan dan matahari sebagai lampu kepada penduduk bumi. Kedua–dua jasad suria tersebut boleh digunakan manusia untuk menetukan waktu ibadat, rujukan dalam pelayaran, waktu tempatan, kalendar, penentuan arah kiblat, membuat perkiraan almanak dan lain-lain lagi. Kedua- dua penciptaan ini menjadikan urusan manusia menjadi bertambah mudah tanpa perlu memikirkan untuk membeli pelbagai peralatan untuk cerahkan keadaan sekeliling.

Allah menciptakan matahari dan bulan kepada manusia bukan untuk hiasan malah lebih daripada itu. manusia perlulah mengkaji dan meneliti di sebalik apa yang diciptakannya untuk kita. Sebagai contoh bulan yang diciptakannya, apabila dikaji mendapati mempunyai kaitan dengan fenomena alam seperti pasang surut air laut, gerhana bulan dan cuaca. Begitu juga dengan matahari, komposisi yang terdapat pada matahari membolehkan manusia mengetahui kandungannya dengan lebih lanjut. Matahari juga memberi sumber makanan kepada tumbuhan, memancarkan sinaran ultra violet, dan kecerahan yang maksimum kepada penduduk dunia .

Dalam perkataan lain, Allah S.W.T telah menggambarkan bahawa setiap tingkat langit itu telah ditetapkan dengan tugas dan fungsi tertentu. Setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya selain dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Justeru, sebagai manusia yang berakal dan mempunyai daya fikir dalam memikirkan penciptaan alam ini, kajian hendaklah sentiasa dilakukan supaya apa yang kita dapat dikongsi dan boleh diterokai oleh mereka yang sentiasa bertadabbur.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.